Ceroboh pusat judi: Jamal ditahan polis
AMPANG - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.
Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan
lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan 'baju merah' yang didakwa
menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.
Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.
Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.
"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai
dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap
saya.
"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya.
Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal. Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan.
1 orang berkata:
Selagi lebai dol kat atas, unta akan kalah.
Post a Comment