Asri tidak setuju penganjuran Himpunan RUU355
KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin memaklumkan
bahawa beliau tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan balas yang
diadakan pada hari sama dengan himpunan 355 18 Februari ini.
Menurut beliau, selain daripada himpunan, perkara paling penting buat
masa ini adalah bagi memberi pendidikan dan penerangan berhubung pindaan
RUU355.
"Ada kumpulan berhimpuan kemudian kita juga berhimpuan dan orang lihat
kumpulan kita ini kecil malah orang akan lihat majoriti rakyat
bersetuju.
"Bila kita berhimpun ia akan membangkitkan sentimen yang lain
seolah-olah anti hudud," katanya ketika Forum Sejauh Mana Anda Memahami
Hudud yang diadakan di Dewan Rumah Kelab Persatuab Alumni Universiti
Malaya (PAUM)," semalam.
Menurut beliau, orang awam tidak akan faham mengenai perkara ini memandangkan tidak mendapat banyak penerangan.
Selain itu, Asri turut menasihatkan orang ramai termasuk bukan Islam
untuk membaca bahan-bahan berkaitan Islam berdasarkan sumber yang betul.
"Bila kita nak lihat Islam secara keseluruhan, kita kena pastikan apa yang kita baca adalah dari sumber yang betul," katanya.
Sehubungan itu, Asri turut memaklumkan bahawa setiap masyarakat perlu
mewujudkan suasana yang kondusif sebelum melaksanakan sesuatu
undang-undang Islam.
Menurut beliau, apabila suasana berkenaan dapat diwujudkan, rakyat
tidak akan mempunyai sebarang alasan untuk memilih perkara-perkara yang
haram.
"Perjuangan penting kita hari ini adalah untuk mewujudkan suasana kondusif sebelum sesuatu undang-undang itu dilaksanakan.
"Ini kerana jika undang-undang hudud dilaksanakan namun suasana
kondusif itu tiada, sudah pastilah keindahan hudud itu tidak dapat
dilihat,"katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Asri turut menjelaskan bahawa isu
hudud seringkali sukar untuk difahami oleh banyak pihak berikutan telah
sekian lama dijadikan tajuk politik.
Beliau berkata, hudud adalah merupakan tajuk hukum yang memerlukan perbahasan bersadarkan dimensi hukum.
"Ia bukan saja soal perlaksanaan namun syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.
"Sebab itu negara-negara yang mempunyai tokoh besar Islam tidak pernah
membicarakan tentang hudud dan ia bukan kerana mereka menolak namun
kerana melihat dari konteks sedia ada,"katanya.
Dalam pada itu Asri berkata beliau tidak menentang pindaan RUU355 namun
pelaksanaan tersebut perlu dilihat semula dari semua konteks.
Tambah beliau, tujuan pindaan tersebut bukannya hanya untuk mengenakan
hukuman kepada pesalah namun bagi memberi keamanan kepada manusia di
negara ini.
"Saya tidak menentang tapi ia perlu dilihat dari semua konteks untuk memberi keamanan kepada masyarakat," katanya.
3 orang berkata:
Pak walaun dah tahu ke bila Hadi dan Pas nak saman SR atau Husam psl duit haram 90juta?
#jangantunggulama2
Ini sesi serangan bertubi2 terhada Pas dari anon2 al-ahzab..
Tak lama lagi tentera al ahzab ni habis berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.. kita tunggu la menjelang pru14 nanti. Smlm 4 wakil dap dah cabut lari... si Axmin pulak dah buat cerita dongeng.. hi.hi.. tungguuuu...
Terimalah perbezaan pendapat. Jgn jadi mcm IS pulak. Kuku besi
Post a Comment