Allah bagi tahu di dalam al quran
"Tda paksaan dalam beragama"
Lakum deenukum waliyadeen !
"Bagi kamu agama kamu dan bagi ku agamku"
-Pak Karamu-
Siti Kasim curi tumpuan, aju soalan di forum hudud
"Tda paksaan dalam beragama"
Lakum deenukum waliyadeen !
"Bagi kamu agama kamu dan bagi ku agamku"
-Pak Karamu-
Siti Kasim curi tumpuan, aju soalan di forum hudud
KUALA LUMPUR - Peguam kontroversi, Siti Kasim atau nama penuhnya Siti
Zabedah Kasim mencuri tumpuan ramai ketika mengajukan soalan dalam sesi
soal jawab Forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud' di Dewan Rumah Kelab
Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini, hari ini.
Tampil bersahaja, Siti Kasim ketika mengajukan pertamanya berkenaan
soal hakim yang didakwanya tiada keberanian untuk mentafsir kes
berkaitan dengan isu agama.
"Kenapa saya lihat di mahkamah, jika ada isu Islam disebut walaupun
hanya sedikit, hakim-hakim tidak ada keberanian untuk tafsir
undang-undang tersebut seperti sepatutnya.
"Ini merupakan masalah yang besar kerana mahkamah merupakan jalan terakhir untuk masalah kita," soalnya.
Menjawab kepada persoalan tersebut, Pensyarah Undang-undang Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi turut
bersetuju dengan soalan Siti dan berkata mahkamah seharusnya
bertanggungjawab mentafsir dan menguatkuasakan Perlembagaan.
"Segala-segalanya isu yang melibatkan syariah Islam seperti
undang-undang, akidah, dan lain-lain ia adalah sangat berbahaya
membuatkan mahkamah kurang yakin bila isu ini berkait.
"Mahkamah selalu 'pejam mata' apabila isu melibatkan Islam muncul," kata Profesor Shad lagi.
Selain itu, Siti Kasim turut bertanyakan soalan mengenai pilihan umat Islam dalam soal undang-undang Islam.
"Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan Melayu dan berbangga dengan
agama saya serta telah biasa dengan undang-undang sekular negara ini.
"Akan tetapi, kenapa saya harus ikut undang-undang yang ditentukan oleh
sesetengah pihak memandang Islam dari segi berbeza?" soalnya lagi.
Jawab Profesor Shad lagi, persoalan kepada pilihan orang Islam ini tidak sesuai dibincangkan di dalam forum seperti ini.
"Untuk bertanyakan soalan berbentuk pilihan ini tidak sesuai di dalam forum seperti ini kerana ia melibatkan banyak pihak.
"Dari segi ini, lebih mudah jika ia dibincangkan menerusi satu dialog
mudah serta kerana ramai orang lihat Islam ini dari sudut yang
berbeza-beza. Islam itu sendiri sangat indah namun terpulang pada mereka
yang menginterpretasikannya," katanya.
Tahun lalu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi dengan mengetuai
demonstrasi aman menolak Rang Undang-Undang Pindaan 355 (RUU 355) di
hadapan bangunan Parlimen.
Demonstrasi dihadiri seramai 10 orang itu turut membawa sepanduk yang mengecam RUU 355.
5 orang berkata:
Dia tanya, pak karamu wajib jawab. Manalah tau klu pak karamu terangkan dia bole berubah.
cer kau terangkan psl bmf kt lks...itupun klu berani la...silap2 dedak kene potong...kah kah kah
madey - melayu mudah lupa
lks - cina pun mudah lupa
dengar citer...10 lagi adun/mp dap nak keluar parti ikut 4 org kt melaka? ada sape2 boleh confirm? dkt penang pun dgr penangites dah nak revolt...hahahahahaha
Dengar cerita kat Kelantan bakal kalah PRU14 ni, betulkah? Sebab kes RM 90 juta yang tak diagihkan sama rata, betulkah?
Post a Comment