BN menang besar di Merlimau, Kerdau |
BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 132. Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004. Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,724 undi. BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi. Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004. Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau. KERDAU 8pm Proses penjumlahan tamat. Keputusan bagi semua saluran diterima. 7.58pm (Tidak rasmi) BN: 5,060 PAS: 2,336 Majoriti: 2,724 7.46pm: Calon PAS kini keluar menonton skrin besar di depan markaz induk parti itu. Beliau kelihatan tenang dan berborak dengan penyokong parti itu seperti biasa. 7.43pm (Tidak rasmi)BN: 4,793 PAS: 2,204 Majoriti: 2,589 7:39pm (Tidak rasmi)BN: 4,486 PAS: 2,161 Majoriti: 2,325 7:36pm Sebanyak 17 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan. Baki sebanyak enam peti lagi masih belum diterima. 7.31pm Calon PAS akan mengadakan sidang media di markaz induk parti itu di kawasan Kerdau pada jam 8 malam. Calonnya Hassanuddin Salim sudahpun berada di lokasi sidang media tapi masih belum keluar untuk menemui penyokong. 7.30pm (Tidak rasmi)BN: 4,074 PAS: 2,002 Majoriti: 2,072 7:27pm (SPR)BN: 3,334 PAS: 1,453 Majoriti: 1,881 7.15pm (Tidak rasmi)BN: 3,777 PAS: 1,776 Majoriti: 2,001 7.12pm (Tidak rasmi) BN: 3533 PAS: 1643 Majoriti: 1890 7.02pm: 5 Peti undi telah diterima, 18 lagi masih belum diterima 6.35pm: Dua lagi peti undi tiba di pusat penjumlahan. Baki 19 peti undi masih belum tiba. 6.34pm (Tidak rasmi) BN: 2,021 PAS: 956 Majoriti: 1,065 6.17pm (Tidak rasmi) BN: 1,385 PAS: 764 Majoriti: 621 6.17pm (Tidak rasmi) BN: 731 PAS: 513 Majoriti: 218 6.06pm (Tidak rasmi) BN: 191 PAS: 114 Majoriti: 77 |
Going ‘Green’ Requires Governance
6 days ago
1 orang berkata:
BN-Buang N.ajis bila kelatae lak? Barang Nurun lepas ni lak...Alhamdulilah Tahniah Barisan Nasional.Jahanae jahanae Parti HamPas dan Parti Keletong Rakyat.
Post a Comment