Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CAKAP DILUAR NEGARA LAIN, DI DALAM NEGARA LAIN PULA

PRU: BN cukup matang terima keputusan rakyat, kata Muhyiddin

December 07, 2011
 
CANBERRA, 7 Dis Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah begitu matang dalam proses politiknya untuk menerima dan menghormati keputusan rakyat dan juga undang-undang walaupun ia tidak memihak kepadanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata, sebagai contoh kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak memanipulasi proses pilihan raya seperti yang didakwa oleh parti-parti pembangkang.

Muhyiddin berkata BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab selama 54 tahun, sentiasa meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaannya.

“Jika anda berasa dalam beberapa hal, kerajaan memanipulasi keadaan sama ada melalui proses pilihan raya atau melalui agensi penguatkuasa yang lain, cuba bayangkan apa yang telah anda jangkakan. Mungkin ada masalah.

“Tapi, kita tidak begitu... kita memang terima (keputusan itu) kadang kala dalam pilihan raya, kadang kala dalam mahkamah undang-undang kerana kita telah begitu matang dalam proses politik. Kita terima keputusan walaupun ia tidak menyebelahi kita,” katanya apabila menjawab soalan daripada peserta selepas menyampaikan syarahan umum di Australian National University, di sini.

Menjawab soalan lain, Muhyiddin dipetik Bernama Online berkata BN, walaupun ia tidak mahu menjadi pembangkang, tetapi ia bukan merupakan keputusan parti kerana pada akhirnya, undi rakyat yang menentukannya.

“Jika mereka merasakan BN masih yang terbaik, pada masa itu mereka akan mengundi untuk BN tetapi jika mereka memutuskan sebaliknya, seperti dalam kes negeri Selangor, saya percaya kita sudah cukup matang untuk menerima kenyataan itu.

“Tetapi, jika rakyat memutuskan sebaliknya, pada masa itu anda perlu menerimanya juga,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, juga ditanya mengenai komitmen Malaysia dalam menjamin pendidikan kekal sebagai satu daripada agenda utamanya.

Katanya beliau percaya bahawa pendidikan merupakan satu cara untuk menggerakkan rakyat untuk maju dan meletakkan mereka dalam kedudukan berpendapatan tinggi.

Malaysia, katanya, sejak dari mula lagi meletakkan kepentingan pendidikan dan dalam soal bajet, lebih daripada 26 peratus bajet negara dibelanjakan untuk pendidikan bagi peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Menurut Muhyiddin, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, lebih daripada 60 peratus rakyatnya adalah miskin dan cara untuk mengeluarkan mereka daripada keadaan itu adalah melalui pendidikan.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata pada masa ini, kerajaan sedang menjalankan kajian untuk menyemak semula keseluruhan sistem pendidikan bagi memastikan Malaysia bergerak ke hadapan dalam soal melaksanakan sistem dan program pendidikan yang boleh meningkatkan standard pendidikan negara.

Pada masa ini, dasar pelajaran dan undang-undang pelajaran negara dibuat berdasarkan kepada Laporan Razak yang telah dibuat kira-kira 40 tahun lalu.

“Tetapi ia telah pun 40 tahun berlalu. Saya percaya sekarang adalah masa yang sesuai untuk ia dikaji semula supaya sistem pendidikan kita boleh setaraf dengan negara-negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.