Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOMOH DAN PAWANG PILIHANRAYA

OHH ! BOM MORE !

Posted on Wednesday, December 07 @ 02:18:03 PST by tokdalang
 
Oleh Hishamuddin Rais

Di Malaysia ini kita tidak tahu bila piliharaya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE5ATV0FXJYsFy4OSZ2SI2vxyVwSHFKiigzq9mUxY7e7pDqKUtZ_EK_4rprTpKczfY66OwBZfs8DX9XoVn3k-cFgPbQIqzl5_YkpnfBaxs21KlpnCX5kOsaD4QUczKxCyho3BwQ6Wl2rw/s1600/the_Bomoh.jpghathir Muhamad dahulu kita berpilihanraya apabila Mahathir telah mendapat ilham. Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham’ yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.


Di zaman Abdulalh Badawi keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik berpendapat bahawa tarikh pilihanraya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin – menantu Abdullah. Ini tidak betul. Yang saheh ialah tarikh pilihanraya hanya diumum satelah Perdana Menteri Abdullah terbangun dari mimpinya.

Di zaman Najib Razak ini bila pilihanraya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihanraya kecuali Rosmah Mansor. Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah Badawi.

Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah Mansor akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilek bintang-bintang dilangit dan melihat perjalanan carkarwala dialam semesta. Pak Bomoh dari Mumbai ini akan menasehatkan Rosmah Mansor bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihanraya. Saat dan ketika yang molek berpilihanraya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir.

Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jatung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 haribulan sebelas tahun sebelas hampir sampai. Debaran jantung ini berpunca dari Najib Razak sendiri yang percaya bahawa angka sebelas ini membawa ‘ong’. Najib dikatakan fasik dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang pecaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38 - hinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama.

Disini saya ingin menyebarkan maklumat bahawa pengunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihanraya ini bukan hanya amalan di Malaysia. Di Afrika – peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu bomoh juga telah memainkan peranan yang penting dalam realpolitik di Eropah. Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Jantan yang berselindung dibelakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan pemaisuri Alexandra.

Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Untuk persoalan ini jawabnya cukup senang. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentabiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh. Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa CIA. Emperor Nicholas di Russia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi.

Bagaimana pula dengan Rosmah dan Najib – apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka?
Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Jangan ketawa atau mengeleng-gelengkan kepala apabila membaca apa yang saya surahkan disini.

Di Indonesia 17 Ogos dipilih kerana ditarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata telah berjaya menghalau Belanda. Di Russian 17 Oktober dipilih kerana disaat itu Revolusi Bolshevik telah berjaya menghalau Czar dan Czarina dan Lenin telah mendirikan sebuah republik. Di Tanah Besar China mereka merayakan 1 Oktober kerana dihari itu Republik Rakyat China telah diistiharkan oleh Mao Tse Tung pada tahun 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya.

Bagimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengistiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Sila jangan ketawa kerana di Tanah Melayu tarikh 31 Ogos telah dipilih oleh bomoh...opss maaf bukan bomoh.

Tarikh 31 Ogos telah ditemui satelah menilek bulan dan bintang. Orang yang menilek bulan dan bintang ini pula tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilek bintang dan bulan ini tidak turun ke Abdullah Badawi maka terpkasalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihanraya.

Justeru, dalam budaya United Malay National Organisation khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Ini bukan fitnah dari saya. Ini bukan cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini bukan sejarah silam. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu.

Cuba ingatkan kembali kepada kesah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluar sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh tv kita. Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi bejaya menjadi bomoh. Khidmatnya amat amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika ditahun pemilihan dan tahun pilihanraya.

Sejarah membuktikan betapa ngoknya Datuk Mazlan Harun seorang Adun dari Batu Talam Pahang yang percaya kepada kuasa Tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit dicelah ketiak Bung Karno , YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi Adun. Yang terserlah bijak disini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam yang kemarok untuk terus berkuasa.

Mona Fandey akhirnya berjaya ‘membelit’ duit dan tanah Yang Berhormat ini. Rasa saya tidak ada kesedihan atau trajedi dalam kes bunuh ini. Ternyata yang menjadi mangsa ialah seorang yang bodoh lagi bangang. Si YB yang bodoh ini bukan sahaja kena tipu duit dan harta malah YB ini pun telah berpolitik untuk menipu orang kampong dan pengundi. Kebodohan YB ini teserlah apabila dia membenarkan badannya di kerat lapan.

Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini orang ramai difahamkan bahawa memang ramai ahli politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi.

Apa sangkut pautnya fakta sejaran ini dengan PRU13? Untuk menjawabnya soalan ini para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video Rosmah Perempuan Puaka di Youtube. Dari klip bersejarah ini kita semua diberitahu oleh adik Rosmah Mansor sendiri bagaimana Sang Kakak telah menggunakan khidmat bomoh sebelum dan sesudah berkahwin dengan Najib. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Bekas isteri Tuan Speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia Rosmah Mansor. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama Rosmah mencari segala macam khidmat bomoh. Mengikut surah Mak Datin yang pekat dengan lorat Negeri Sembilan ini, Rosmah Mansor telah menggunakan khidmat bomoh untuk mengahwini Najib.

Disini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar telah beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihanraya. Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh piliharaya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik.

Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihanraya. Analisa sebagini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar.

Untuk memahami lebih dalam politik kontemperori Malaysia biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah. Rasputin boleh keluar masuk Istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasehat resminya. Ketika Putera Alexei gering Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.

Rasputin wujud didetik detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Russia. Ketika itu rasuah dan penyalah gunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Russia ketika itu ada dua hukum – satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperentah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah.

Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan diantara Russia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini. Jika para pembaca telah dapat menggambar Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda – cuba pula bayangkan Bomoh Ji dari Mumbai yang keluar masuk dengan Mercedez ke rumah resmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilek bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihanraya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC.

Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Pemaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari Istana mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin. Apa yang membezakan Russia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah - lembu di Russia pada tahun 1917 tinggal dalam kandang manakala lembu di Malaysia pada thun 2011 menginap dalam kondo. END
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.