Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SKIN YANG MEMUDAHKAN PEMBUANGAN PEKERJA


08 Disember, 2011


Skim Gaji SBPA Baru Dijangka Umum Esok, Bakal Menekan Penjawat Awam

Nampaknya gayanya pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA yang bakal keluar sepenuhnya bila-bila masa daripada sekarang menunjukkan pelbagai pro dan kontra berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh pembaca Berita Semasa sebelum ini. Pada asalnya kami jamin ramai yang merasakan semua penjawat awam yang akan menikmati kenaikan gaji baru 2012 berdasarkan pengumuman Datuk Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2012. Rupanya tidak, ada pilihannya. Skim Gaji Baru 2012 SBPA, pilihan Kepada Kakitangan Awam Untuk Naik Gaji?
 Gambaran keseluruhan mengenai skim gaji baru 2012 SBPA kali ini bukan lagi menjadi rahsia ramai kakitangan awam sekarang ini walaupun pekeliling SBPA belum dikeluarkan secara rasmi.

Ramai yang seakan bersetuju dengan skim gaji baru 2012 SBPA nanti, dan ramai juga yang kurang senang & selesa dengan berita-berita awal berkaitan pengenalan skim saraan baru perkhidmatan awam (SBPA 2012).


Yang mana masih ingat lagi, kalau ikut skim SBB dahulu, kalau dapat kurang sahaja 50%, baharulah dikira sebagai statik pergerakan gaji dan kalau dapat 3 tahun berturut, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja.


Markah kurang dari 50%, itu boleh dikatakan margin yang sesuai, tapi kalau sampai 70% itu sangat menekan pekerja kerana setiap markah pencapaian mesti mendapat sekurang-kurangnya gred 7-8.


Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Akauntan Negara, kemungkinan besar pekeliling SBPA 2012 akan dikeluarkan secara rasmi pada esok hari 8 Disember 2011 bersamaan Hari Khamis.


Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan kemungkinan pada minggu hadapan pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA ini akan dikeluarkan.Yang pasti skim gaji baru ini bakal menekan para penjawat awam, kenaikan gaji berdasarkan markah prestasi yang tinggi. Secara tak langsung, inilah cara kerajaan UMNO BN mengurangkan penjawat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.