Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Adam Adli mahu ambil tindakan mahkamah terhadap UPSI

January 19, 2012
KUALA LUMPUR, 19 Jan Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim yang digantung pengajian selama 18 bulan atau tiga semester akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mencabar keputusan itu.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Adam Adli, 22, berkata tindakan itu diambil kerana pengurusan UPSI tidak memberi perbicaraan yang adil semasa dipanggil membela diri pada 9 Jan lalu.

Bagaimanapun Adam Adli (gambar) tidak menjelaskan tarikh khusus tindakan mahkamah terhadap universiti akan diambil, menambah perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan peguam.

"Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah, sekarang masih di peringkat perbincangan dengan peguam...kita sedang meneliti kes ini terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah.

"Tapi kita akan failkan dalam masa yang terdekat," katanya.

Adam Adli digantung pengajian atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI.

Penuntut sarjana muda pendidikan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak menurunkan kain rentang bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini menambah akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik di seluruh negara.

"Saya akan teruskan dengan siri jelajah, berkempen sehingga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.