Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI BUKTI MCA MANYAK JAHAT OOOOOO !

25/01/12

Bela diri: Nasib Liong Sik diketahui Jumaat ini


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik akan mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat ini sama ada perlu membela diri atau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Permasalahan dalam projek PKFZ turut melibatkan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O.C. Phang dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy.

Phang didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta manakala Chang didakwa menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melibatkan RM1.9 bilion.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Ling, 69, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun sejak 1986, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada
harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling yang diwakili peguam Wong Khian Keong didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Ling didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya manakala bagi dua pertuduhan pilihan (pindaan), beliau didakwa mengikut Seksyen 417 kanun berkenaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi selama tiga bulan itu melibatkan 25 orang saksi pendakwaan dan sebanyak 173 eksibit dikemukakan termasuk dokumen kerajaan berstatus 'rahsia'.

Antara saksi yang dipanggil ialah Phang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan beberapa pegawai kanan JPPH. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.