Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, January 26, 2012

CITARASA RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Amizuddin Ahmat (Sharpshooter) mengendalikan kursus Paca


PENANTI: Walaupun citarasa rakyat Pulau Pinang memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), petugas tiga parti di dalamnya harus terus mengorak langkah mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri sekarang.

Ini kerana, musuh politik PR akan sentiasa menjadi pengacau bagi menggagalkan komitmen kerajaan negeri membantu rakyat keseluruhannya.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, berkata petugas gabungan ketiga-tiga parti dalam PR mesti saling terus bekerjasama dengan matlamat utama menangkis cubaan musuh politik yang terlalu terdesak kehilangan kuasa.

“Tanpa mengira sama ada daripada Parti Keadilan Rakyat, PAS atau DAP, kerjasama erat perlu terus diperkukuhkan demi rakyat Pulau Pinang yang mengamanahkan negeri ini untuk ditadbir PR.

“Justeru, kerja keras secara berterusan mesti menjadi agenda kita dalam usaha menakluk Putrajaya seusai Pilihanraya Umum Ke-13 nanti,” katanya.

Mansor meniupkan semangat kepada petugas Paca


Beliau memberi perangsang berkenaan ketika berucap di hadapan lebih 70 petugas Polling Agent dan Counting Agent (Paca) PR dalam Kursus Paca di Yayasan Aman, Penanti.

Kursus itu dipimpin Amizuddin Ahmat atau Sharpshooter yang bertanggungjawab mengenalkan modul dan memahamkan petugas dengan peranan masing-masing.

Turut hadir Pembantu Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zainol Abidin Saad.

Mansor, berkata petugas Paca memainkan peranan penting dalam menilai sokongan pengundi dan perlu bersedia berhadapan dengan manipulasi pihak lawan dalam mengeksploitasi undi.

“Petugas Paca bukan saja perlu bersemangat tetapi juga mereka seharusnya mempunyai ilmu bantu bagi menghalang sebarang salahguna proses demokrasi melalui pengundian.

“Justeru, melalui kursus ini pendedahan kepada petugas diharap lebih menyeluruh dan berguna dalam menyuburkan demokrasi sebelum dan ketika proses pengundian dilakukan,” katanya.

Antara petugas Paca yang bakal merealisasikan harapan rakyat Pulau Pinang

Menurutnya, petugas Paca perlu pada sebarang masa saling menyalurkan maklumat antara rakan di dalam PR agar pihak musuh tiada ruang memanipulasi proses pengundian nanti.

Katanya, ini penting kerana pemilihan kepemimpinan kerajaan pusat atau negeri benar-benar menepati citarasa rakyat yang kini bijak menilai dan memberikan persepsi masing-masing.

“Insyaallah, dengan komitmen setiap daripada petugas Paca yang mempunyai iltizam merealisasikan harapan rakyat, kejayaan gemilang pasti dikecapi,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.