Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Datuk yang didakwa menipu pengerusi NFCorp, hadapi dua pertuduhan baru

January 27, 2012
 
 
KLANG, 27 Jan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang didakwa menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) menghadapi dua tuduhan baru hari ini.

Bagi tuduhan pertama, Shamsulbahrin didakwa melakukan penipuan terhadap seorang pemandu teksi untuk melabur dalam sebuah syarikat yang tidak wujud dengan wang pelaburan bernilai RM90,000 pada 24 Mac 2010.

Biarpun masih terlantar di hospital, prosiding ke atas bapa kepada empat anak itu diteruskan dengan kehadiran majistret ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah dalam pertuduhan tersebut dan mengikut kesalahan, dia boleh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

Mahkamah Majistret membenarkan Shamsubahrin diikat jamin sebanyak RM9,000 dan menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan serahan dokumen di mahkamah.

Bagi pendakwaan kedua, Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan iaitu menipu orang awam untuk menyediakan pembantu rumah tempatan membabitkan wang sebanyak RM13,000.

Pendakwaan dibuat di hadapan Majistret Norkamilah Abdul Aziz oleh Timbalan Pendakwa Raya Hemavathi.

Pada 30 Disember lalu, Shamsubahrin didakwa atas dua kesalahan menipu Mohamad Salleh sejumlah RM1.76 juta bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.