Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DANGKALNYA PEMIKIRAN BEKAS SETIAUSHA POLITIK PERDANA MENTERI DATO' MD ALWI B CHE AHMAD UNTUK MENILAI ISU HASSAN ALI DAN TUAN GURU HAJI HADI AWANG, ISUNYA TAK SAMA AKAN TETAPI DIA MEMBUAT PENILAIAN DAN PANDANGAN SAMA SEPERTI ISU HASSAN ALI

DATO' MAT ALWI JUGA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN PROTOKL PEMIMPIN PAS PADA KETIKA ITU DENGAN ISU HASSAN ALI, PADA KETIKA ITU ISU KERAJAAN PERPADUAN ADALAH ATAS RISIKAN DAN CADANGAN UMNO, ATAS SIKAP KETERBUKAAN HADI (PAS) KEMUDIAN HADI MERUJUK KEPADA PIMPINAN YANG LEBIH TINGGI DIDALAM PAS INILAH SIKAP HADI YANG TIDAK MELANGKAH KEPALA DAN ISUNYA TAK SAMA DENGAN HASSAN ALI

SEMENTARA ISU HASSAN ALI DIA TIDAK MERUJUK KEPADA PIMPINAN ATASAN SEGALA APA YANG DIA HENDAK BUAT TERUTAMA ISU BESAR YANG MELIBATKAN MARUAH PARTI, DIA BUAT PANDAI-PANDAI SENDIRI SEOLAH-OLAH DIALAH YANG BERKUASA SECARA MUTLAK, SELAIN DARI ITU HASSAN ALI BANYAK MELANGGAR ETIKA PARTI SEHINGGA DIKATAKAN MERUGIKAN MARUAH PERJUANGAN PARTI, SEKALIPUN TELAH DIBERIKAN NASIHAT

BANYAK KALI TIDAK MENGHADIRI MESYUARAT PARTI SEOLAH-OLAH DIA MENILAI MESYUARAT PARTI TIDAK PERTING, INI MENYEBABKAN DIA BERGERAK MENGIKUT AKAL DIA TANPA PANDAUAN DAN  RESTU PARTI, INI MENAMPAKKAN DIA BERSIKAP EGO, SEPATUTNYA DIA BERGERAK MENGIKUT PANDUAN JAMA'AH PAS

DATO' MAT ALWI BIAR BERFIKIR PAKAI AKAL JANGAN PAKAI OTAK MACAM LEMBU, JIKA ORANG SURUH PANJAT TIANG, JANGAN PANJAT DINDING, ITU BODOH NAMANYA, SEPATUTNYA KAMU MENILAI HASSAN ALI TENTANG PRESTASINYA DIDALAM PAS, DARI JAWATAN NAIB PRESIDEN DIA JATUH, DAR JAWATAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR JUGA DIA JATUH, SEKARANG JAWATAN EXCO PULA DIA AKAN JATUH JUGA, SEMUA INI PERLU DIAMBIL KIRA, SEMUA INI PERLU DIAMBIL KIRA, SEBENARNYA KAMU TAK TAHU SEMUA INI, LEBIH BAIK KAMU TUTUP MULUT

Khamis, 12 Januari 2012


Utusan : Abdul Hadi juga patut dipecat?

Abdul Hadi juga patut dipecat?KOTA BHARU - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.
"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.
-Utusan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.