Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DOKTOR CABUL IBU MENGANDUNG


KUALA LUMPUR: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang mengandung pada November tahun lalu.

Dr Mohd Suhaidin Che Ngah, 37, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang pegawai pentadbir berumur 28 tahun yang sedang mengandung 16 minggu di Hospital Sungai Buloh dekat sini pada jam 2.15 petang, 22 November tahun lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana jika sabit kesalahan. Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula.


Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Raihan Md Nasir mengendalikan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili.


Abang tertuduh membayar ikat jamin. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.