Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, January 13, 2012

Apa Kata Isteri Sham Kamikaze Tentang Perubahan Suaminya


SUDAH LAMA SAYA IDAMKAN PERUBAHAN INI - FARAZILA

Makbul doa isteri
"SUDAH lama saya idamkan perubahan ini sejak kami bernikah kira-kira tiga tahun yang lalu. Akhirnya, ini adalah hidayah yang diberi kepada kami berdua."

Begitulah luahan hati Farazila yang sudah lama mengimpikan perubahan suaminya. Penghijrahan adalah sesuatu yang menjadi impian semua, apatah lagi jika ia mampu membawa perubahan ke arah kebaikan.

Jika dulu Sham Kamikaze terkenal dengan imej bersubang, pemuzik handalan, hebat memetik gitar dan sentiasa memberikan komen sinis dan pedas, kini segala-galanya hilang dan perlahan-lahan imej dirinya juga berubah. Kini Sham dan isteri lebih selesa dengan imej sederhana dan menutup aurat.
 
Farazila berkata, pertama kali melihat perubahan suaminya itu, beliau tidak berhenti bersyukur ke hadrat Ilahi kerana membuka hati Sham.

“Ramai yang meminta dan mengharapkan perubahan, tapi tidak semua dapat. Apabila suami saya mendapat hidayah begini dan berubah, saya amat bersyukur.
 
“Saya berharap hidayah yang diberi ini terus kekal dan perubahan ini sudah lama saya impikan. Alhamdulillah dalam usia 35 tahun, Sham mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan,” luahan hatinya.
 
Farazila berkata, beberapa bulan sebelum perubahan ke atas diri Sham, beliau dan keluarga sempat menunaikan umrah dan di Tanah Suci, Farazila tidak henti-henti menadah tangan berdoa untuk kebaikan suaminya.
 
Malah, mungkin ramai tidak tahu, sebelum perubahan Sham, Farazila terlebih dulu membuat penghijrahan dalam dirinya.

Namun, ketika itu, beliau tidak memaksa suaminya mengikut jejak langkah dan hanya berdoa agar pintu hati suaminya itu terbuka.
 
“Perubahan yang berlaku kepada Sham sangat drastik dan saya sendiri tidak menyangka beliau akan berubah begini sekali. Ini bagus untuk perkahwinan kami dan memberikan lebih cahaya kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.