Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

January 18, 2012

Hattan Enggan Mengulas Gambar Kontroversi Bekas Isterinya, Farah Asyikin


Penyanyi yang terkenal dengan vokal tinggi serta lantang, Hattan tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai isu perceraiannya yang disahkan pada 19 Januari lalu. Sebaliknya penyanyi itu lebih berminat untuk bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Farah Asyikin Othman di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, selepas kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga.

Hattan menikahi Farah Asyikin pada pada 11 November tahun lalu di Seri Menanti, Negeri Sembilan selepas menduda selama enam tahun. Difahamkan, punca membawa kepada perceraian pasangan tersebut apabila foto Farah Asyikin menunjukkan sedang berpelukan dengan seorang lelaki di atas katil tersebar. Bagaimanapun, Hattan enggan mengulas lanjut tentang isu foto berkenaan. Hattan berkata selepas melalui detik sukar tersebut, dia akan meneruskan kehidupan serta menguruskan perniagaannya seperti biasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.