Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kenapa sokong gay, soal kolumnis Utusan kepada Majlis Peguam

January 24, 2012

KUALA LUMPUR, 24 Jan Seorang ketua biro Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan Majlis Peguam “menyokong” homoseksual dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menggelarnya “gelombang songsang” yang berkembang dan diterima masyarakat dunia.

Noraini Razak, editor berita di akhbar harian berbahasa Melayu itu sehingga bulan lepas, menuduh peguam-peguam tersebut menyokong kumpulan gay, lesbian, dan transgender, sedangkan Malaysia merupakan negara ke 70 daripada 195 negara yang mengharamkan homoseks.

“Secara jujurnya, sangat aneh apabila gelombang menyimpang yang dipertahankan oleh kumpulan (Seksualiti Merdeka) mendapat sokongan daripada NGO tempatan termasuk Majlis Peguam,” Noraini menulis dalam kolumnya hari ini.
Seksualiti Merdeka, merupakan satu pergerakan yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks dan identiti jantina, telah dihalang oleh pihak berkuasa daripada menganjurkan festival tahun lepas walaupun sudah melakukan acara tahunan itu sejak 2008
.
Penganjur festival berkenaan telah memfailkan semakan guaman awal bulan ini terhadap pengharaman tersebut dan mengatakannya “tidak berperlembagaan, salah, dan tidak demokratik.”
Noraini, yang kini merupakan Ketua Biro Putrajaya, memetik Professor Salleh Buang, seorang ahli akademik yang menyatakan “antara 12,000 pengamal undang-undang di negara ini pastinya terdapat ramai yang beragama Islam. Kenapa suara mereka tidak kedengaran
?”
“Salleh mempersoalkan sama ada negara ini mampu untuk mempertahankan kepercayaan dan pegangannya daripada gelombang songsang ini? Dan sekiranya mampu, untuk tempoh berapa lama, terutamanya dengan kemunculan kumpulan yang aktif memperjuangkan liwat di keluarkan daripada senarai kesalahan berat dalam Kanun Jenayah?
“Selain itu, terdapat juga sokongan dalaman daripada pakar perundangan negara. Bagaimana pula sokongan daripada kerajaan menangani gelombang ini, gelombang songsang ini,” soal editor tersebut.

Utusan baru-baru ini menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong kumpulan homoseksual semasa sesi temubual dengan BBC.
Dalam sesi tersebut, wartawan BBC bertanya soalan kepada Anwar sama ada beliau bersedia untuk mendesak idea anti-diskriminasi, terhadap golongan gay, yang melihatkan Anwar berkata “kami perlu untuk menyemak semula undang-undang lama kami.”
 “Sebagai orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, kami percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita, tapi kami tidak harus dilihat menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba sebagai relevan,” kata Anwar kepada BBC.
 
Tetapi, Anwar turut menyatakan Pakatan Rakyat tidak menyokong gejala homoseks, bahagian temu bual tersebut yang tidak dimasukkan Utusan.

Anwar telah menuntut sejumlah RM150 juta sebagai ganti rugi daripada akhbar harian Umno tersebut kerana telah mencalarkan imej dan reputasinya dalam artikel yang menuduhnya menjadi penyokong kepada hak-hak komuniti gay.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.