Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penuntut USM ditahan kerana ugut letupkan PM di Facebook

January 15, 2012
GEORGE TOWN, 15 JanSeorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini ditahan kerana didakwa membuat ancaman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak dengan bahan letupan, lapor akhbar tempatan di sini.

Menurut Star Online, satu laporan polis dibuat terhadap ancaman itu itu di balai polis Jelutong, yang ditampilkan dalam sebuah blog menunjukkan paparan Facebook penuntut berkenaan.

Dalam satu mesej yang ditulis, penuntut itu dikatakan menulis rancangan meletakkan bahan letupan di dalam helikopter yang akan membawa perdana menteri dalams satu lawatan rasmi di universiti itu minggu depan.

Akhbar harian itu berkata penuntut itu mengatakan “najib akan datang ke kampus kita...mari letupkan helikoppternya...”

Berita penahanan penuntut itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob, menambah mklumat lanjut akan diberitahu esok, kata Bernama Online.

Star Online memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, ACP Gan Kong Meng berkata penuntut berusia 24 tahun itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk soal siasat kira-kira 1.30 petang.

“Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Jenayah kerana ugutan jenayah. Dia terlebih dahulu ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.

“Kes ini akan disiasat. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan,” kata Gan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.