Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saintis nuklear Iran dibunuh dengan letupan bom 'bermagnet' Wednesday, 

11 January 2012 19:47

Seorang saintis nuklear yang bekerja untuk pusat pengayaan uranium Natanz terbunuh apabila kereta yang dinaikinya meletup di wilayah utara Iran.

Korban tersebut, Mostafa Ahmadi-Roshan, menurut agensi berta Fars, melaporkan ledakan terjadi akibat bom yang diletakkan oleh seorang penunggang motosikal yang bergerak di samping kereta milik korban.


Letupan bom berlaku ketika Roshan berada di kawasan Universiti Allameh Tabatai.

Selain menyebabkan Ahmadi-Roshan meninggal dunia, letupan itu juga mengakibatkan dua orang lain yang berada hampir lokasi kejadian mengalami kecederaan.

Pejabat Gabernur setempat menuduh Israel adalah dalang aksi serangan tersebut.


"Bom yang meledak ditempelkan dengan menggunakan magnet dan ini sama seperti yang pernah digunakan untuk membunuh beberapa orang saintis (nuklear) sebelumnya. Ini kerja kelompok zionis (Israel)," kata pejabat gubernur setempat, Safarali Baratloo kepada Fars.

Ahmadi-Rosan merupakan saintis lulusan jurusan industri minyak yang bekerja pada Jabatan Pengawasan di Pusat Pengayaan Uranium Natanz.

Beliau yang berusia 32 tahun bukanlah saintis nuklear Iran pertama yang mati akibat pembunuhan seperti ini.

Dua tahun lalu serangan serupa meragut nyawa seorang saintis nuklear berusia 50 tahun, Massoud Ali Mohammadi. Pensyarah di Universiti Teheran, terkorban akibat bom yang dikendalikan dengan alat pengendali jarak jauh (remote control).

Teheran menuding AS dan Israel bertanggung jawab terhadap tewasnya sejumlah saintis nuklear Iran, namun kedua-dua negara itu membantah tuduhan tersebut - sumber BBC

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.