Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tiada pengaturan semula Jemaah Menteri, tunggu pengundian dahulu

January 12, 2012
 
KUALA LUMPUR, 12 JanDatuk Seri Najib Razak memutuskan untuk mengekalkan anggota Kabinetnya walaupun berdepan dengan skandal yang mengaitkan dua menterinya, tapi akan melaksanakan pilihan raya selepas meneliti sokongan akibat daripada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, dan pemberian “one off” oleh Putrajaya kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber. 
 
The Malaysian Insider difahamkan bahawa perdana menteri telah mengenal pasti menteri dan timbalan menteri yang berpotensi untuk kabinet barunya daripada pejabat perdana menteri selepas kembali ke tanah air selepas bercuti pada 3 Januari lalu.

“Najib memutuskan untuk mengekalkan anggota kabinetnya, menurut pembuat dasar Umno yang rapat dengan presiden parti tersebut.

Menurutnya, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), projek yang dijalankan oleh keluarga, sementara Mufti Kuala Lumpur telah membersihkan nama Datuk Seri Jamil Khir Baharom daripada tuduhan penyalahgunaan wang zakat untuk kes guamannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang mengaku menerima sumbangan kewangan turut telah dibersihkan imejnya selepas mendapat penjelasan Najib (gambar), tambah pembuat dasar tersebut.

“Mereka bersih, jadi tiada penyusunan semula,”katanya.

Sumber dalaman Putrajaya mengesahkan penyusunan semula anggota Kabinet Najib telah ditarik balik semasa beliau menimbangkan pilihan untuk membubarkan Parlimen memandangkan mandatnya tamat pada Mac 2013.

“Dia ada setahun lagi untuk memerintah. Najib boleh mengambil masanya seberapa banyak mungkin untuk mendapatkan kemenangan,” tambahnya.

Terdapat spekulasi bahawa Najib akan mengumumkan pilihan raya dalam masa terdekat memandangkan popularitinya pada masa ini sedang meningkat diikuti keputusan positif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes liwat Anwar yang kedua dalam tempoh 14 tahun.
Penganalisis berpendapat, perdana menteri mengadakan pilihan raya mengejut memandangkan terdapat faktor positif dalam perbicaraan tersebut dan kegembiraan rakyat selepas memperolehi RM500 wang tunai dan pemimpin pembangkang percaya Najib akan mengumpul sokongan sebelum melaksanakan pilihan raya.

“Najib sangat berhati-hati. Dia sedang melalui situasi dalam keadaan yang tenang,” menurut sumber Umno yang lain.

Terdapat spekulasi media China dan penganalisis bahawa Najib akan membubarkan Parlimen selepas Tahun Baru Cina pada 23 Januari untuk pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Turut difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) turut menempah dewan orang ramai dan sekolah untuk pilihan raya Mac depan. Namun begitu, sumber lain menyatakan Najib sedang menunggu transformasi pilihan rayanya dan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Felda sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

1 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan parti itu belum bersedia untuk pilihan raya malahan Najib memberitahu anggota parti supaya bersiap sedia untuk pilihan raya dalam masa terdekat.

“Kami belum bersedia, sesetengah ahli enggan menyerahkan kerusi mereka, dan akan bertanding untuk pilihan raya akan datang,” menurut sumber berkenaan.

Umno memenangi hanya 79 daripada 112 kerusi yang dipertandingkan pada 2008 apabila Barisan Nasional (BN) kehilangan dua per tiga majoriti dan empat negeri. Bekas Presiden parti, Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur dan menyerahkan kuasa kepada Najib.

Najib seharusnya memperolehi dua pertiga majoriti atau setaraf dengan margin kemenangan Pak Lah.

“Ia bukan mudah, skandal-skandal seperti ini tidak akan membantu Najib,” menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beberapa pemimpin Umno turut mendesak Shahrizat meletak jawatan ekoran skandal NFC, seperti laporak Ketua Audit Negara-terdapatnya “kekusutan” dalam projek tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menegaskan dirinya tidak terlibat dalam skandal tersebut, dan menepis dakwaan telah menghantar surat perletakan jawatan.

Umno dilihat bersifat mempertahankan diri selepas isu bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah dan dipenjara setahun dan tanahnya di sita.

Jamil, menteri hal ehwal Islam menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan wang zakat untuk pembelaannya di mahkamah.

Laporan audit mengesahkan sejumlah RM63,650 daripada dana zakat digunakan untuk kes guaman apabila Anwar menamakan trio tersebut sebagai responden dalam permohonan qazafnya.

Jumlah itu kemudiannya dibayar semula selepas badan tersebut memperoleh RM70,000 geran Jun lepas sebagai sebahagian daripada perutntukan kerajaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.