Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 14 Jun 2012

Allah SWT lagi Murka Terhadap Pemimpin Yang Mengabaikan Perintah Nya


kenapa
ARRAYAH.INFO, Nusajaya, 14 Jun 2012 - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)."

"Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?"

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar."

"Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal kelima sidang Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini. - BERNAMA

Allah SWT lagi Murka Terhadap Pemimpin Yang Mengabaikan Perintah Nya

Setelah Allah SWT ciptakan manusia, diberi akal dan fikiran agar dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kemudian Allah SWT kirim pula petunjuk Nya melalui perantaraan para Nabi dan Rasul, berserta diturunkan kitab-kitab; kitab suci Al-Quran yang kini dijadikan panduan.

Wajarlah Allah SWT lagi murka dan marah kepada pemimpin yang diberi nikmat tersebut (akal dan petunjuk), masih juga ingkar, mengabaikan perintah, berbuat kejahatan, kerosakan, lebih dahsyat lagi mahu mencabar Allah SWT dengan ‘kuasa’ yang sedikit yang Allah pinjamkan kepada hamba Nya.

Bukankah Allah SWT itu sangat berhak ke atas kita, makhluk yang dicipta Nya yang bernama manusia?

Antara murka Allah SWT dan murka pemimpin tidak sama. Malah terlalu jauh bezanya. Murka pemimpin hanya berlaku setakat di dunia ini. Manakala murka Allah SWT berlaku di dunia dan seterusnya di akhirat, sekiranya yang berbuat kejahatan itu tidak bertaubat, seksaan hukuman Allah SWT menantinya di Neraka.

Hukuman yang dijatuhkan oleh pemimpin hasil kemarahannya tentulah terlalu kecil berbanding dengan hukuman akibat kemurkaan Allah SWT. Sehebat mana marah dan murka pemimpin di atas muka bumi ini, tidak akan sama dengan murka Allah SWT. Allah SWT itu Raja Segala Raja. Jauh lebih gagah dan hebat daripada segala pemimpin manapun di atas muka bumi ini.

Pemimpin biasanya akan marah bila kepentingan dirinya tergugat, atau marah bila berlakunya sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendaknya. Namun amat kurang pemimpin yang marah kerana mahu berlaku adil, atau pun yang boleh berlaku adil dalam memberi hukuman hasil daripada kemarahannya. Kalaupun ada, terlalu sedikit.

Kemurkaan Allah SWT akibat Tidak Berhukum Dengan Apa Yang Diturunkan Allah
Kemurkaan Allah SWT terjadi atas beberapa sebab. Antaranya ialah sifat pemimpin yang lalai, zalim dan fasiq, atau tidak mempedulikan perintah Nya, yang telah dilakukan di akhir zaman ini.

Mereka menukar kata-kata Allah SWT sehingga menjadi bukan yang dikatakan Nya.
Firman Allah SWT :-
[59] "Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)." [Terjemahan Melayu Quran Surah Al Baqarah]

Ketahuilah wahai para pemimpin yang beragama Islam walau di mana meraka berada bahawa umat Islam hari ini sedang berusaha sedaya upaya menuntut janji perlaksanaan penerapan syariat Islam secara keseluruhan. Laksanakan tuntutan janji dengan Allah SWT ini, jika tidak anda akan tergolong dikalangan orang-orang kafir.

Allah SWT berfirman bahawa:
[44] "Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" [Terjemahan Melayu Quran Surah al-Ma’idah].

Kita semua tahu bahawa sisi penting dari ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa, pemimpin Islam yang sedang memerintah berhubung dengan penerapan hukum (undang-undang) di dalam Negara.

Menerapkan hukum Allah SWT di dalam pemerintahan adalah suatu yang wajib secara qath’ie (pasti/tegas).

Pembahasan dan pemahaman yang benar tentang ayat ini amat penting untuk diketahui memandangkan seseorang itu boleh keluar dari akidah Islam (menjadi kafir) atas sebab tidak berhukum dengan hukum Allah SWT.

Lantas, siapakah golongan yang terkena ayat ini dan dalam keadaan apakah ia boleh menjadi kafir?

[28] "Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." [Terjemahan Melayu Quran Surah Al Kahfi]

Tuntutan Rakyat Ke Atas Pemimpin Ketika Di Hari Akhirat

Terlalu besar tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai pemimpin di hari akhirat yang kebanyakannya kerugian dan penyesalan.

Peringatan di dalam Al-Quran:-
[66] Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
[67] Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
[68] Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! [Terjemahan Melayu Quran Surah Al-Ahzaab]

Dan beringatlah...
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Tuhan Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
 
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
 
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[Terjemahan Melayu Quran Surah Al Fatihah]

Ya Allah, Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [edit/abuidris/arrayah.info]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.