Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAYA KARIN SAKIT MENTAL!!!


Muka cantik, tapi sakit otak? Halamak!!! Potong stim betul la. Macam mana pulak dia boleh jadi macam ni? Takkan balik dari tengok Euro pun dia boleh sakit mental? Meh baca ceritanya!!!
Selepas muncul dengan filem ‘Ombak Rindu’, pelakon cantik, Maya Karin kini bakal muncul dengan sebuah lagi filem di bawah arahan Osman Ali berjudul, ‘Jwanita’. 

Memegang teraju utama sebagai Jwanita, Maya bakal tampil dengan sisi lakonan yang berbeza apabila menjadi wanita psiko atau penghidap sakit mental dalam filem terbaru terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd ini.

“Saya memang tak sabar dan teruja nak memulakan penggambaran kerana filem ini memang menarik sekali. Buat masa ini, saya masih lagi mempersiapkan diri dalam mencari watak sebenar Jwanita. Namun, pada masa yang sama, saya tidak sabar nak berlakon watak gila.

“Saya sendiri sudah mempunyai idea bagaimana nak bawa watak Jwanita dalam filem ini. Apa yang pasti, saya tak suka buat rujukan kerana akhirnya akan tertiru dengan yang asal. 

Jadi, saya akan mengikut naluri dan kefahaman saya nanti. InsyaAllah, saya akan jadikan plot filem ini menarik,” ujar Maya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Jwanita’, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai cabaran yang bakal dihadapi apabila filem ini memulakan penggambarannya pada 30 Jun ini, Maya memberitahu, “Watak ini banyak melibatkan babak secara fizikal seperti aksi, pergerakan dan juga banyak menjerit.

“Justeru, saya pasti watak ini akan memenatkan saya, jadi saya dah mula buat persediaan dari segi mental dan juga fizikal. 

"Saya tak risau mengenai cabaran kerana saya dah mempersiapkan diri dengan kesulitan jiwa Jwanita.

“Walau bagaimanapun, saya pasti apa yang lebih menarik ialah permainan halus yang bakal saya lakukan dalam filem ini di mana saya perlu menjadi pendiam bagi berselindung dan menutup kejahatan Jwanita,” ujar Maya mengakhiri perbualan. - gua.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.