Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, June 3, 2012

SPRM : MASIH MENIKUS DENGAN JERUNG BESAR ? Saifuddin: Cadangan SPRM Tidak Menambahbaik




SHAH ALAM: Pengumuman terbaru cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) yang mahukan ahli keluarga menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran perlu mengisytihar pinjaman kepada kabinet dan enam cadangan lain tidak akan menambahbaik lagi imej dan reputasi serta kewibawaan SPRM di mata rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu tidak akan membuatkan rakyat yakin dengan SPRM kerana rakyat di negara ini mahukan SPRM berani mengambil tindakan secara terpilih.

“Keyakinan rakyat hanya akan meningkat terhadap badan itu sekiranya SPRM lebih berani mengambil tindakan ke atas jerung besar bukannya ikan bilis
.

“Mengapa SPRM tidak memberi sebarang komen berkenaan isu skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene?. Sehingga memaksa rakyat Malaysia melalui Suaram membuat laporan kepada Kerajaan Perancis itu pun selepas dua tahun,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, cadangan terbaru itu dilihat merupakan hanya merangkumi hal aspek prosedur sahaja.


Beliau berkata ini membuktikan SPRM tidak berani mengambil tindakan terhadap jerung besar malah hanya pandai bercakap tentang hal-hal berkenaan prosedur sedangkan isu pokok juga tidak diselesaikan. “Banyak kes besar yang sepatutnya SPRM berikan tumpuan demi membanteras rasuah dan mengembalikan kenyakinan rakyat.

“Tetapi SPRM tidak berbuat demikian sebaliknya tampil mengemukakan saranan atau cadangan yang sebenarnya tidak melibatkan isu pokok,” katanya.

Hal itu juga katanya, membuktikan SPRM hanya mementingkan kroni-kroni Umno-BN kerana mahu melindungi mereka.

Semalam, SPRM mengesyorkan tujuh pendekatan bagi mengelak penyelewengan dan salah laku susulan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

SPRM turut mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan salah laku rasuah melibatkan projek NFC.

Tujuh cadangan itu merangkumi peruntukan baru iaitu mewajibkan agar ahli keluarga menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan status mereka sekiranya terdapat mana-mana ahli keluarga anggota pentadbiran memohon projek kerajaan.

Sebelum ini SPRM juga membuat saranan supaya semua jamaah kabinet serta keluarga mereka mengistiharkan harta masing-masing. Namun saranan tersebut tidak dilaksana disebabkan beberapa menteri kabinet menolaknya dengan alasan tidak selamat.


SPRM kemudiannya mendiamkan isu tersebut kerana tunduk dengan kepentingan pemimpin politik kerajaan Umno-BN.-Sku 
Kedah Kini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.