Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

17/07/12


Cabang Kapar tawar kerusi DUN kepada Wan Azizah

 

Cabang PKR Kapar menawarkan kerusi DUN Sementa untuk ditandingi presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua cabang itu, Aziz Ayob dilaporkan sebagai berkata, langkah itu akan memperkukuhkan PKR Kapar dengan kewibawaan Wan Azizah sebagai presiden PKR dan bekas MP.

"Kerusi DUN Sementa dianggap panas ekoran calon PKR yang lalu melarikan diri pada hari penamaan calon dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Tindakan calon berkenaan menimbulkan gambaran buruk kepada parti hingga ramai di sini hilang keyakinan kepda PKR dan kami percaya jika (Wan Azizah) dicalonkan untuk kerusi tersebut akan memberi keyakinan pada rakyat dan mendapat undi berganda di Sementa," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Tawaran itu timbul selepas Wan Azizah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau meletak jawatan pada Julai 2008 untuk membolehkan kerusi itu ditandingi suaminya yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pilihan raya kecil.

Kerusi berkenaan diwakili Anwar sebelum beliau dipenjarakan pada 1999 dan kerusi itu kemudiannya dimenangi Wan Azizah.

Tindakan Wan Azizah meletak jawatan itu menyebabkan beliau dihalang daripada bertanding di kerusi parlimen sehingga 2012.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.