Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE KOME TAK DE EGGS

DENGAQ KHABAQ BILA ANAK ATAU SEDARGHA MAGHA DITONJOI UNTOK JADI BAKAL PEMIMPIN RAKYAT DAH MELUAT DAH , ASIK-ASIK DEPA JA ! ADA YANG DOK KATA ASIK-ASIK OGHANG KEDAH,PAHANG JOHOR SAJA JADI PM, OGHANG NEGERI LAIN BANGANG KA ?

 

Ahad, 29 Julai 2012

Kajian Terkini MPN Sukarkan Najib...

Pas mendakwa hasil kajian beberapa anggota Majlis Profesor Negara (MPN) "agak berbeza dan bercelaru" antara satu sama lain, sekali gus akan menyukarkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sambil berkata pihaknya menghormati hasil kajian beberapa universiti yang diumumkan baru-baru ini dan terbaru semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil kajian terbaru semalam akan meletakkan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang "sukar."


"Kajian seorang profesor berkata BN akan mengambil alih Kedah dalam pilihan raya umum akan datang. Satu lagi kajian mengatakan bahawa Kedah akan kekal (dengan Pakatan Rakyat)... ada perbezaan dalam kajian mereka.

"Saya fikir ia akan meningkatkan kecelaruan dalam mencari tarikh yang sesuai bagi memanggil pilihan raya dan dalam menentukan masa depan politik BN dan Umno," kata beliau lagi.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa jika penemuan kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) membabitkan 10,800 responden mendapati majoriti pengundi Kedah memilih BN menerajuinya semula, seorang lagi anggota MPN berpendapat PR khususnya Pas boleh mengekalkan negeri utara Semenanjung itu.

Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia mendedahkan penemuan kajiannya semalam - Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal di tangan PR.

Pun begitu katanya, Selangor, negeri paling kaya di Malaysia, akan jatuh ke tangan BN sebagaimana disebutkan dalam laporan kelmarin.

Anggota panel forum mengenai PRU13 ini berkata, penemuan pihaknya  diperoleh menerusi kajian berkala yang dikendalikan beliau antara April dan Mei lalu.

"Kami menjalankan kajian dari bulan ke bulan, melibatkan kumpulan berfokus, kajian panel," kata beliau.

Dalam laporannya empat hari lalu, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.


“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.


“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.


Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran MPN yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Mengulas lanjut perkara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya menerima apa jua kajian khususnya penemuan terbaru ini kerana ia akan membantu pihaknya mengambil langkah dan strategi memperbaiki kedudukan.

"Saya menghormati kajian mereka. Apa yang ditonjolkan oleh kajian mereka akan membantu kami membuat penambahbaikan," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.