23 Julai, 2012
MB Terengganu Tiada Hak Saman Adun PAS
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk meneruskan saman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS dan tiga lagi berhubung sebuah artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di negeri itu. Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Syed Azman dan tiga defendan lain bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.
0 orang berkata:
Post a Comment