Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
BN Selangor tidak gentar tindakan saman
Wartawan Sinar Harian
5 Julai 2012
BN Selangor tidak gentar tindakan saman
Mohd Zin Mohamed menegaskan pendirian Barisan Nasional (BN) pada sidang media di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar berhadapan tindakan saman berhubung pendedahan skandal RM1 bilion yang didakwa digunakan Kerajaan Selangor untuk menyelamatkan syarikat pembinaan, Talam Corporation Bhd (Talam).

Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana, BN mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan salah laku urus tadbir kewangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).


Malah, katanya, mereka juga akan membuat laporan dan mengemukakan fakta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Saham Kuala Lumpur berhubung perkara itu, dalam tempoh terdekat ini.


“Silakan jika beliau (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) hendak ambil tindakan apa pun, kita juga ada tanggungjawab (kepada rakyat).


“Kita tidak takut (tindakan) saman, sebaliknya kami hanya mengemukakan soalan secara berhemah (mengenai skandal RM1 bilion) dan memerlukan jawapan munasabah, bukan hendak serang beliau,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan saman yang akan dibuat Kerajaan terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan isu hutang berkenaan.


Mengulas mengenai pendedahan skandal itu, Mohd Zin membangkitkan enam persoalan kepada Kerajaan Negeri terutama Abdul Khalid antaranya kesanggupan  Menteri Besar menyediakan laporan terperinci setiap tanah atau aset yang dibeli bagi tujuan pengambilalihan hutang Talam kerana dakwanya tiada ‘kertas putih’ dibentangkan setakat ini.


Beliau turut mempersoalkan asas yang digunakan untuk menilai pembelian aset tersebut dengan perbandingan harga pasaran semasa serta status pembangunan yang telah dilakukan ke atas harta berkenaan.


“Adakah benar kos pembelian tanah dan aset Talam berjumlah RM676 juta seperti didedahkan? Jika benar, ini merupakan nilai yang jauh lebih tinggi daripada hutang sebenar iaitu RM392 juta dan bagaimana jumlah itu diperoleh? Bagaimanakah proses rundingan pembelian harta tersebut?


“Berapa pula jumlah wang diterima agensi yang dihutangi Talam seperti Universiti Selangor (Unisel), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor (KHSB),” soalnya.


Mohd Zin juga mempersoalkan kenapa wang Kerajaan Negeri digunakan untuk ‘membeli’ hutang Talam dan beliau menyifatkan PR mempunyai tujuan lain yang cuba disembunyikan daripada rakyat.


Menurutnya, pembongkaran kes itu didakwa mempunyai kaitan dengan kenyataan beliau sebelum ini, mengenai pertikaian sumber dana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta.

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.