Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bob Lokman: Umno terdesak dan tak faham konsep dakwah

July 25, 2012


KUALA LUMPUR, 25 Julai — Umno tidak memahami apa itu dakwah lalu menuduh PAS terdesak dalam mencari populariti dalam pilihan raya yang semakin hampir, yang ternyata sebenarnya parti memerintah itu terdesak, kata Mohammad Hakim Lokman yang dikenali sebagai Bob Lokman, penulis lirik dan pelawak yang menyertai PAS.

Katanya, Umno yang menghina artis yang mahukan seni berunsurkan Islam, kerana enggan memberi permit dan ruang kepada mereka yang menjadi aktivis PAS.

“Dalam PAS, kita berdakwah. Tidak ada salahnya kita mendakwah kerana kerja ini adalah kerja yang mulia. Tak kiralah artis atau bukan, yang penting kita sama-sama menjalankan dakwah,” kata Bob Lokman (gambar).

Penulis lirik lagu popular Isabella ini juga berkata dia menyertai PAS kerana dia mahu ajaran Islam disebarkan melalui seni, pun begitu kerana perbezaan politik, terdapat banyak sekatan hingga beliau terpaksa fokus dalam bidang dakwah.

“Itu memang terpaksa kerana kita memang tak berada di tempat yang bebas hinggakan perbezaan politik dianggap sebagai musuh, melainkan kalau kerajaan bertukar dan kita ada harapan balik untuk jadi artis.

“Benda ni komtemporari, bila kerajaan dah berubah nanti, kita terpaksa berkorban demi perjuangan politik. nanti bila kerajaan sudah berubah, barulah kita kembali bergiat sebagai artis dengan jalan yang diredhai Allah, dalam masa sama kita juga berharap bahawa artis yang menyertai BN juga dapat belajar sesuatu apabila kita sudah menjadi kerajaan.

Sementara itu pelakon filem Leftanan Adnan, Hairie Othman berkata bahawa beliau menyertai PAS atas dasar sukarela.

“Sebenarnya kita sendiri yang nak masuk. Mana ada artis rekrut ke paksa ke masuk PAS. Sebenarnya Umno yang terdesak. Mereka susah hati sebab PAS dah menarik artis,” kata Hairie yang dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.