Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP bidas Tee Yong berkenaan tuduhan skandal RM1bilion Selangor

July 11, 2012
 
KUALA LUMPUR, 11 Julai — DAP hari ini membidas Datuk Chua Tee Yong untuk membuktikan dakwaan skandal tanah RM1 bilion di Selangor dengan mengatakan bahawa pemaju Talam Corporation Bhd sudah menyelesaikan RM 392 juta kepada kerajaan negeri Selangor.

Perang mulut antara DAP dan MCA minggu lalu berkenaan pengurusan kewangan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan juga mengenai pengurusan program pembangunan di Pulau Pinang. PR juga memerintah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Pua (gambar fail) dan ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad telah “berdiri di barisan hadapan” untuk mempertahankan Selangor dan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun menteri besar itu masih belum mendedahkan semua butiran dalam sebuah “Kertas Putih” seperti yang dijanjikan tiga tahun lalu.

“Kami juga telah membuktikan bahawa Datuk Chua bukan sahaja tidak dapat membezakan di antara kolum debit dan kredit dalam penyata untung rugi, dia mempunyai kebolehan luar biasa ‘dua tolak satu bersamaan dengan tiga’ yang menyebabkan jumlah besar satu bilion yang tidak masuk akal muncul,” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).

“Bagaimanapun, sejak itu, Datuk Chua gagal untuk memberi respon dan menjelaskan kesilapan yang berjumlah 1 bilion. Dia cuma memberitahu bahawa dia akan menjawab sebaik sahaja dia mendapat maklumat lanjut dalam sebuah sidang akhbar pada 5 Julai 2012.”

Kata Pua lagi, Chua sebagai timbalan menteri, belum lagi menjawab atau membetulkan kenyataan berhubung isu itu. Chua adalah ahli parlimen Labis dan anak kepada presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Dia juga menjawab dakwaan Chua tentang dakwaan “terlebih bayar” berjumlah RM57.3 juta kepada Talam Corp untuk 53.74 hektar tanah di Danau Putra, Selangor, di mana penilai tanah Chartwell ITAC International telah membuat penilaian semula dan mendakwa timbalan menteri itu terlepas pandang maklumat ini.

Chua telah mendakwa harga tanah yang tenggelam tersebut dinilai 80peratus lebih tinggi dan memerlukan kos tambahan bernilai RM50 juta lagi sebelum sebarang pembangunan.

“Datuk Chua gagal melihat para yang sama di dalam laporan Chartwell — telah membuat penilaian semula dengan memasukkan kos jangkaan penambahan tanah untuk kawasan yang ditenggelami air,” kata ahli parlimen DAP itu.

Katanya lagi, selepas pengurangan, Chartwell telah memberi penilaian profesional sebanyak RM93.5 juta kepada tanah tersebut, lebih tinggi daripada jumlah penilaian yang diberi oleh kerajaan negeri iaitu sebanyak RM87.7 juta”.

“Oleh itu, wujudnya kesilapan dalam dakwaan Datuk Chua bahawa kerajaan negeri terlebih bayar kerana gagal mengambil kira kos tanah tenggelam.

“Datuk cuma sekadar menolak kos penambahan tanah, walaupun semua ini telah diambil kira oleh penilai profesional,” kata Pua lagi.

Ahli parlimen PJU turut menjawab tuduhan Chua berkenaan empat bidang tanah yang dilelong kerana kes mahkamah yang telah menyebabkan dakwaan terlebih bayar sebanyak RM57 juta.

“Jika melihat Laporan Tahunan Talam Corporation Bhd yang dikeluarkan pada Januari 2012, akan terpapar sejarah komplikasi undang-undang.

“Pada 7 September 2010, Bangkok Bank Bhd (BBB) telah tersilap dalam melelong hartanah tersebut walaupun sedar tanah itu adalah sebahagian daripada hartanah yang telah diberi kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) di bawah perjanjian yang telah dimeterai pada 12 Mac 2010.”

Katanya lagi, “Talam telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bank untuk memulihkan kerugian daripada tanah, di mana pembeli lelongan bank telah mendapatkan tanah tersebut dengan harga RM15 juta yang jauh lebih rendah daripada penilaian MBI sebanyak RM48.7 juta.”

Pua turut berkata Talam telah mendedahkan dalam laporan tahunan berkenaan “penyingkiran hartanah ini tidak mempunyai sebarang impak yang signifikan terhadap perjanjian dengan MBI” dan “sekiranya perlu, syarikat tersebut akan menggantikan sebidang tanah sebagai pampasan kepada MBI.”

Katanya lagi, “ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak mengalami apa-apa kerugian dalam transaksi tersebut seperti yang didakwa oleh Datuk Chua Tee Yong.”

Dalam sidang akhbar semalam, Chua mengatakan pembongkaran “pembelian yang boleh dipersoalkan” adalah sebahagian daripada “pembelian aset sebanyak RM676 juta dari Talam oleh kerajaan negeri Selangor.”

Minggu lalu, Chua mendakwa Selangor telah menggunakan RM1 billion dana awam untuk menyelamatkan Talam, tetapi mengulangi balik dakwaan tentang terlebih bayar sebanyak RM42 juta dalam pembelian tanah.

Khalid telah mengecam untuk menyaman Chua dan Trinity Corporation (nama baru untuk Talam) dan juga menafikan dakwaan RM1 bilion oleh Chua.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.