kelantan
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di sini, Sabtu ini.
‎​
Berita baik tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail yang dihubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada FAM yang mempertimbangkan rayuan dikemukakan menerusi sepucuk surat oleh Kafa dua hari lalu.

‎​
"Piala tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah sebaik sahaja perlawanan Kelantan menentang Sarawak berakhir malam Sabtu ini," katanya.

Kelantan disahkan sebagai juara Liga Super minggu lalu.