Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gadis Diarah Tanggal Pakaian


Batu Pahat – “Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

“Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.

Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

“Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

“Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati,” katanya.

Dia yang bekerja di sebuah farmasi di daerah ini berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

"Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.

“Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya.

Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

"Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.

“Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan,”
katanya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

“Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.

“Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya,” katanya. -SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.