Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gelaran Anjing: Perpindahan Istana Ke Muzium Semakin Menjadi Kenyataan (?)


Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.


"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. -mk



Ulasan GB

Nampaknya, apa yang disampaikan oleh Sultan Azlan Shah satu ketika dulu bakal jadi kenyataan.

Titah Tuanku:
"walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.

"Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980."

dan berikut pula titah Raja Nazrin:

"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Raja, selagi itulah takhta tidak akan dipindahkan dari istana ke muzium;.... Bahawa takhta juga tidak boleh lari dari hukum Allah, hukum yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira Raja atau rakyat"

Dan di dalam insiden Perak dahulu GB pernah berkata:
Jangan sampai mahkota tercampak dik perbuatan Tuanku berdua
Jangan sampai Tuanku pula diletak di luar pagar istana
Nantinya maruah raja Melayu terhina angkara siapa?
Dan nantinya juga
Jangan disalahkan rakyat jika institusi Raja bersanggah ke muzium selama-lamanya!


0 comments:

1 orang berkata:

Anonymous said...

kalau benar kata-kata oleh ahli UMNo bahawa tiada pakar undangan untuk menjalankan hukum hudud. Maka rugilah raayat mlaysia membayar gaji 14 orang yang berjawat Mufti ini. bagaimana dia di lantik menjadi mufti sedangkan dia tidak pakar dalam undangan islam. terjawatlah sudah selama ini jawatan ini hanya di tangkap muat sahaja. erti siapa sokong UMNO bolih jadi mufti gitu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.