Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MTUC mahu umur persaraan 60 tahun dilaksanakan serta merta

July 22, 2012
 
PETALING JAYA, 22 Julai — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa sektor swasta melanjutkan dengan segera umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, tanpa menunggu undang-undang mengenainya dilaksanakan.

Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun dan rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Negara baru-baru ini, kata naib presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata oleh kerana rang undang-undang itu akan mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk diwarta dan dilaksanakan, maka dalam tempoh berkenaan, beribu-ribu pekerja yang mencapai usia persaraan wajib 55 tahun, sudah bersara.

"MTUC amat prihatin terhadap nasib kumpulan ini apabila ramai daripada mereka menghubungi kongres ini untuk menyatakan harapan agar mereka diambil kembali bekerja kerana mereka masih cukup sihat dan mampu untuk terus bekerja.

"Lagipun, para pekerja ini memikul tangungjaab yang amat berat kerana belum melangsaikan pinjaman perumahan, perlu menyelesaikan bayaran insurans serta bil perubatan dan menyara pendidikan anak-anak," katanya kepada Bernama.

Mengikut Rang Undang-undang Umur Prsaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada 60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya bersara sebelum dia mencapai usia persaraan minimum. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.