Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pendedahan Mengejutkan ! UmnoBn Berkuasa, Negara Tidak Akan Aman
Posted on Wednesday, July 25 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

 Oleh: reformis1998
"tolak bnSeorang guru tuisyen berusia 34 tahun dari Subang Jaya yang hadir ke Perhimpunan Duduk & Bantah BERSIH, memberitahu siasatan pada hari Selasa, bahawa seorang anggota polis merompak rantai emas dan kemudian memukul beliau.

Polis itu juga menghina dengan ayat perkauman, termasuk memanggil beliau "Cina babi", dan pada masa yang sama merompak beliau. Insiden ini berlaku di depan KelabDiRaja Selangor berhampiran dengan Dataran Merdeka.

"Anggota polis merentap rantai emas saya. Saya bergelut dan berjaya membuka kunci rantai dan akhirnya saya cuba untuk menyimpan rantai di dalam poket saya tetapi polis merampas rantai tersebut dan memukul saya apabila berbuat demikian," guru Leong Siew Meng sebagai melaporkan panel Suhakam.

"Lebih banyak saya berjuang pertahankan diri, semakin kuat saya dipukul. Polis itu memanggil saya 'manusia sombong' dan 'Cina babi' di sepanjang jalan ke kelab."



Leong berkata beliau dibawa ke Pusat Latihan Polis Jalan Semarak. Beliau juga memberitahu bagaimana dia mendengar anggota polis lain yang menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita".

Setelah dibebaskan pada tengah malam, rantai emas itu tidak dikembalikan kepadanya.

Rakyat Putus Asa Dengan UmnoBn – Mainkan Isu Perkauman Dan Rasuah Berleluasa

Media pro-UmnoBn di dalam TV, radio dan suratkhabar setiap hari memainkan propaganda mengenai “KEAMANAN”.

Kenapa mereka menggunakan isu “KEAMANAN”? Ia adalah kerana kaji selidik yang dijalankan di seluruh Negara (oleh UMCEDEL, Merdeka Centre, KEMAS, Special Branch dan sebagainya) mendapati, isu Keamanan adalah isu utama yang dipandang berat oleh Rakyat Malaysia sekarang ini. Peratusan yang mengutamakan Keamanan mengatasi isu penyelewengan, pembangunan yang pada pilihanraya lalu mengutamakan isu-isu ini.

Atas sebab kepentingan isu Keamanan maka UmnoBn memainkan propaganda “KEAMANAN” yang telah rakyat saksikan baru-baru ini apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei.

Anak-anak muda dan Rakyat seluruh Malaysia menganggap ini membuktikan beliau seorang pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab apabila mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei dalam usaha taktik menakut-nakutkan Rakyat yang jelas beliau tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab dan hina untuk memastikan UmnoBn kekal sebagai puak berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang.



Petikan dari deklarasi Muhyiddin dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan yang diadakan di Parlimen : "Generasi muda Malaysia perlu bersatu padu untuk memastikan negara ini kekal stabil dan aman tenteram. Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang."

Anak Muda Bijak Menilai

Anak-anak muda tahu hanya dua perkara sahaja yang boleh menyatukan rakyat :

Pertamanya, kita hanya akan bersatu jika isu perkauman ini diberhentikan dan Muhyiddin sepatutnya belajar. Jika isu perkauman ini diperbesarkan, sampai bila-bila kita tidak akan mencapai matlamat ‘Perpaduan Nasional’ itu.

Keduanya, ialah kerajaan yang rasuah akan akhirnya jatuh bergelimpangan dan sejarah lama dan baru telah membuktikannya. Tidak payah di ulang-ulangi lagi. Kita lihat dan anak-anak muda juga melihat yang rasuah itu sudah menjadi penyumbang penting kepada Umno. Umno itu rasuah dan rasuah itu Umno.


Oleh itu kita lihat kedua-dua faktor ini menjadi barah di dalam Umno. Jika kita terus memberikan sokongan kepada Umno maka ia bermakna yang kita semua mahukan negara kita dihancurkan oleh rasuah dan Rakyat dipecah belahkan oleh isu perkauman yang menjadi mainan Umno sekarang ini.

Propaganda “KEAMANAN” hanyalah penipuan UmnoBn…

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.