Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rakyat Kelantan Kasih Pada YAB Tuan Guru Nik Aziz  

Monday, 09 July 2012 14:01

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap rakyat Kelantan taksub kepada kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga menjangkakan BN sukar memerintah Kelantan selagi ada insan bernama YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

DPPM menganggap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad seakan menghina rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan dianggap tidak rasional sehingga sanggup taksub tidak tentu pasal terhadap kepemimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat  sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja ucapan dari beliau.


Hakikatnya rakyat Kelantan tidak seperti yang ditanggapi oleh Tun Dr Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu perkembangan politik tanah air.


Tun Dr Mahathir tidak faham istilah taksub dengan kasih. Rakyat Kelantan sebenarnya amat kasih dan sayang kepada kepemimpinan YAB Tuan Guru yang zuhud, sederhana, amanah, lemah lembut dan warak itu. Beliau adalah ulama’ yang dalam masa yang sama menjadi pemimpin umat. Watak dan keperibadian beliau yang tinggi bukan dibuat-buat, sebaliknya ia adalah watak beliau secara tersendiri yang bertitik tolak dari ilmu dan sifat ketaqwaan beliau.

Tidak terdengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan beliau, mementingkan kroni, mengkayakan beliau dan keluarganya, jauh sekali dari mengambil rasuah. Rumah yang beliau duduki adalah sama sebelum menjadi Menteri Besar sehingga kini, tiada pengawal keselamatan yang menjaga setiap saat rumah beliau itu.  Malah beliau juga tidak kekok makan minum dan bermesra dengan rakyat di mana sahaja, makan nasi bungkus di gerai atau di kedai biasa, berjalan tanpa pengawal pengiring, dan tidur di mana sahaja beliau ditempatkan.

MB Kelantan juga sanggup menginfakkan sebahagian dari pendapatan beliau kepada rakyat dan kerajaan Kelantan. Beliau juga tidak menetap di kediaman rasminya dengan memilih kediaman sendirinya. Lebih dari itu, setiap pagi Jumaat beliau memimpin kuliah Ilmu di Kota Bharu sehingga menjadi ikutan ribuan pendengar untuk hadir.

Dengan kehidupan sedemikian itulah rakyat menyayangi beliau. DPPM meyakini, jika watak YAB Tuan Guru sama seperti pemimpin UMNO-BN yang lainnya, beliau bukan setakat dicemuh, malah ditolak oleh rakyat Kelantan. Andaikata beliau lebih mengutamakan keluarga, sanak saudara, kehidupan beliau yang mewah serta bersifat angkuh terhadap rakyat, sudah lama Kelantan akan bertukar ganti dengan pemimpin lainnya dan PAS pula akan ditolak jauh ke tepi.

Sebaliknya pula, jika ada pemimpin UMNO yang bersifat sama seperti YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah pasti rakyat akan mengasihi pemimpin tersebut dan akan dijamin untuk terus kekal memerintah negeri atau negara. Soalnya, adakah pemimpin lain yang bersifat seperti YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kalangan UMNO-BN

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.