Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

snin, 2 Julai 2012

Isu seksaan dalam ISA: Kedutaan Iraq guna 'saluran rasmi'

Kedutaan Iraq sedang membuat persediaan untuk membuat susulan dengan kerajaan Malaysia berhubung isu warganya yang mendakwa diseksa semasa dalam tahanan ISA.

Dalam satu emel kepada
Malaysiakini, pejabat duta Iraq Amal Moussa Hussein berkata kedutaan itu sedang menjalankan usaha tersebut "melalui saluran rasmi Malaysia".

"Kedutaan Republik Iraq ingin... memaklumkan kepada anda bahawa Kedutaan sedang membuat susulan ke atas kes tahanan Iraq melalui saluran rasmi Malaysia," emel itu dipetik.


Ia turut menyatakan bahawa hal ehwal warga Iraq yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia berada bawah perhatiannya dan merupakan salah satu tugas kedutaan.

Malaysiakini
pada bulan lalu melaporkan bahawa tahana tersebut, termasuk warga Iraq, Sami Hammad, mendakwa diseksa oleh pihak berkuasa ketika tempoh tahanan reman 60 hari, sebelum dihantar ke kem Kamunting.

Menurut nota yang diseludup keluar dari kem berkenaan, Sami dan beberapa orang yang lain menyatakan dengan terperinci mengenai penyeksaan tersebut, yang menyebabkan beberapa kali cuba membunuh diri.


Warga Iraq itu mengesahkan kepada peguamnya Fadiah Nadwa Fikri bahawa beliau bersama individu lain diserang dan badannya dilumur dengan cili boh dan foto bogelnya turut dirakam, ketika tempoh reman tersebut.


Polis sebelum ini berkata dakwaan dalam nota berkenaan sebagai "berniat jahat" dan "tidak berasas" tetapi tidak memberi reaksi mengenai pertanyaan
Malaysiakini mengenai dakwaan Sami.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.