Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SYABAS Cuba Cipta Krisis Air  
26 July 2012
Malaysiakini

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menangguhkan bayaran kepada loji rawatan air antara enam hingga tujuh bulan, dengan tunggakan yang meningkat hingga RM2 bilion.

“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd memungut wang daripada anda dan saya; ia memungut wang daripada keluarga kita, tetapi menyekat wang ini,” kata Rafizi dalam satu forum di Subang Jaya pada malam tadi.

Beliau mendakwa SYABAS berusaha untuk mencipta satu krisis air dalam tindakan terdesak untuk membantu Umno merampas semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Jika masalah ini berterusan, tambahnya, pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail terus menikmati gaya hidup “superstar” dengan gaji tahunan sebanyak RM5 juta, walaupun negeri itu mempunyai kadar air tak berhasil yang paling tinggi di negara ini.

“Jika Rozali mahu terus sekat bayaran kepada loji pemprosesan air untuk menghilangkan keupayaan mereka dan mencipta krisis air di Selangor, sekurang-kurangnnya dia boleh lepaskan (gaji) RM5 juta setahun.

“Setuju atau tidak?,” soalnya yang disambut dengan jawapan “Ya” oleh para hadirin.
SYABAS merupakan salah satu daripada empat pemegang konsesi pembekal air di Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.