Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERKINI


Perhimpunan haram: 31 orang awam ditahan

10/07/2012 9:26pm

KUANTAN – Sekumpulan orang awam yang berhimpun secara haram di hadapan Wisma Sri Pahang di sini hari ini ditahan polis kerana gagal mematuhi arahan supaya bersurai dari pintu masuk bangunan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, kumpulan seramai 31 orang itu ditahan pada 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.

"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya selepas perbincangan selesai kira-kira 12 tengah hari, kumpulan berkenaan masih berdegil dengan meneruskan perhimpunan itu sebelum tiga orang daripada mereka dipanggil semula untuk berbincang.

Polis kemudian terpaksa menahan kesemua mereka kerana bukan sahaja tidak berganjak dari kawasan bangunan berkenaan malah turut memasang khemah dan kain rentang di pintu masuk. – BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.