Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, July 26

MASAK la anak dara tua neh... hehe...

Raja Komando saman Ummi Hafilda, Umno Online

KLANG 25 Julai: Kerajaan Barisan Nasional digesa menghentikan taktik kotor mereka menipu rakyat dengan menjadikan Ummi Hafilda sebagai agen menyampaikan fitnah, kata Aktivis KEADILAN, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali ‘Raja Komando’.

“Jangan bodohkan rakyat dengan budaya fitnah…Rakyat tidak bodoh untuk menerima bulat-bulat dakwaan mereka yang sengaja direka untuk memalit imej negatif kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat. 
“Ummi Hafilda ini bukannya aset untuk Umno tapi dah jadi liabiliti yang merugikan mereka sendiri.
“Kita di KEADILAN mahukan ‘fair fight’ bukannya lawan dengan fitnah, perbuatan keji memfitnah orang dan mengaibkan adalah kerja orang yang cetek pengetahuan agamanya dan ia jelas bertentangan dengan ajaran agama,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Sri Andalas Klang, hari ini.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Azmizam Zaman Huri dan beberapa pejuang reformasi 1998.

Beliau juga menafikan tuduhan Ummi Hafilda yang mendakwa beliau dilantik Pengerusi Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sebagai ganjaran menjadi ‘saksi palsu’ dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 14 tahun lalu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan palsu ini. Saya tidak pernah menjadi Pengerusi KSSB dan tidak pernah mendapat apa-apa ganjaran projek pasir di Selangor seperti yang diperkatakan oleh Ummi. Dari mana dia dapat cerita mengarut bahawa saya dapat tender melalui saluran yang sah,” kata Raja Komando.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Klang Jumaat lalu ke atas Ummi danUmno Online kerana memfitnahnya.

“Tujuan saya buat laporan untuk mencari kebenaran dan tidak mahu budaya fitnah ini berleluasa dan demi membersihkan nama saya. 
“Saya juga akan menyaman beliau dan Umno Online dalam tempoh terdekat. Saya akan lakukannya, ini janji seorang reformis,” tegas Raja Komando.

Ummi Hafilda sebelum ini menuduh Raja Kamaruddin menjadi Pengerusi KSSB sebagai ganjaran membantu dalam kes Anwar pada 1998. Kenyataan ini disiarkan laman sesawang pro Umno – sahabatgunung.com.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Apa de hal. Sape sokong PAS di jamin masuk syurga.
Tak caya tanya Tok Gu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.