Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


u/p: Najib, Rosmah dan Sultan-Sultan Melayu: Iktibar daripada kezaliman Firaun

DALAM Al-Quran, selain kisahkisah kekasih Allah seperti para Anbiya, Siddiqin, Syuhada dan para Solihin, terdapat juga kisah mereka yang menderhakai dan mendustai Allah swt. Antaranya ialah kisah kaum Nuh, kaum 'Aad, kaum Tsamud dan individu seperti Firaun, Qarun dan Hamaan.
Firaun adalah manusia yang sangat zalim, sombong dan melampaui batas.
Surah Al-Qashash: 4 misalnya menjelaskan bahawa Firaun gemar membuat kerosakan dengan melakukan penindasan, seksaan dan pembunuhan. 
Dia bongkak dan menafikan keagungan Allah, walaupun selepas dibuktikan oleh Nabi Musa as. Malah, dia memperolok-olokkan dan menggelar Nabi Musa sebagai orang gila.
Siapa saja yang bangkit melawannya akan dihapuskan.
Kerana kezaliman dan keangkuhannya, Allah menenggelamkannya hidup-hidup.
Antara iktibar kisah ini ialah:
~ Jauhi sikap sombong dan takbur. Segala yang dimiliki seperti kekuasaan, kekayaan mahupun pangkat adalah sementara dan milik Allah. Kita wajar mensyukurinya. Ia juga satu amanah Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Jika kita ada kuasa (sebagai pemimpin, ketua, suami atau bapa), pimpin dan urus orang yang kita pimpin dengan adil dan saksama; jika kita mewah, jadilah seorang dermawan; dan jika ber pangkat, hulur bantuan dan jadi seorang yang mudah dihampiri.
~ Sentiasa minta pengampunan Allah dan hilangkan sifat-sifat keji dalam diri. Usah sekali-kali menunggu pada saat-saat akhir untuk kembali ke jalan Allah.
Hidup adalah singkat. Pada hari ini pun kita tidak pasti sama ada kita mampu melangkah keluar dengan selamat atau tidak. Segalanya tertakluk kepada kekuasaan Allah. 

Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.