Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

12 January 2013

HKR : SINAR HARIAN BAKAL DIGANTUNG PERMIT?


Akhbar Sinar Harian bakal digantung permit kerana menyiarkan berita 'palsu' dan 'bohong' berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat(HKR) semalam. Ini kerana Sinar Harian telah melaporkan bahawa lebih dari 100,000 rakyat berkumpul di dalam Stadium Merdeka dan kawasan sekelilingnya.

Selain itu Sinar Harian juga menyiarkan gambar lautan manusia yang jelas membuktikan betapa ramainya manusia memberikan sokongan kepada HKR. Kita semua sudah tahu bahawa akhbar-akhbar yang menyiarkan berita benar dan tepat seperti Harakah, Suara KeADILan dan sebagainya seringkali diberi amaran malah digantung permitnya kerana melaporkan perkara benar dan tepat.

Manakala media penipu dan pencacai seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan sebagainya akan dipuji dan diberi keistimewaan. Maka tidak pelik jika selepas ini Ketua Pengarang dan Editor Sinar Harian akan dipanggil oleh pihak tertentu kerana menyiarkan berita tepat dan telus berkaitan HKR semalam.

Gambar : Inilah gambar yang disiarkan pada muka hadapan Sinar Harian hari ini.Syabas SH

Laporan Sinar Harian - Klik di sini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.