Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PR waspada 'serangan saat akhir' BN
Wartawan Sinar Harian
27 Januari 2013
PR waspada 'serangan saat akhir' BN
Barisan kepimpinan PR Selangor bersama Nurul Izzah yang hadir pada Majlis Makan Malam berkenaan.
SHAH ALAM – Pembangkang di Selangor dilihat terus berusaha mencetuskan ‘isu saat akhir’ bagi menentang kebangkitan rakyat yang semakin menjurus sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, bagaimanapun PR yakin dengan kehadiran seramai 100,000 peserta di Stadium Merdeka pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) baru-baru sudah memberi kekuatan pada mereka untuk berjuang merampas Putrajaya dan mengekalkan Selangor.

“Barisan Nasional (BN) Selangor melalui Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedaya upaya cuba mencetuskan isu saat akhir seperti krisis bekalan air yang melanda Lembah Klang baru-baru ini disifatkan menjurus kepada perbuatan khianat.

“Syabas berusaha membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan PR dengan sengaja menimbulkan isu air dalam empangan tercemar dan pada masa sama lima buah pam boleh rosak,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Makan Malam bersama
Jentera Pilihan Raya Ijok dan Bandar Tun Razak bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar di Seksyen  7, kelmarin.

Menurut Khalid, Syabas inginkan kemenangan BN di Selangor kerana mahu menaikkan tarif air yang selama ini dihalang kerajaan negeri .

“Sebelum ini pada 2009, Syabas bercadang menaikkan tarif air kepada 37 peratus bagaimanapun dihalang kerajaan negeri, manakala pada tahun lalu mereka cuba naikkan lagi kepada 25 peratus.

“Lantaran halangan ini, Syabas telah bertindak menyaman kerajaan negeri sebanyak RM1 bilion manakala kami menyaman balas sebanyak RM3 bilion,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan berjuang berhabis-habisan bagi menentukan kemenangan PR di Selangor dan Pusat supaya benar-benar dibebaskan daripada segala kongkongan yang membelenggu pemikiran rakyat.

Dalam pada itu, Khalid turut mendakwa Umno-BN ketika ini cuba meraih sokongan orang Melayu semaksimum mungkin dengan cuba mencetuskan politik adu domba.

Sementara itu, pada majlis sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi jaminan kepada rakyat bahawa seandainya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, pihaknya akan mengekalkan
kedaulatan undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Semua pimpinan tertinggi PR telah bersetuju untuk tidak menungkai setiap artikel dalam Perlembagaan Malaysia.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.