Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
BN perlu tonjol bakal calon sekarang jika mahu rampas Selangor
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 Januari 2013
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Hasrat untuk menebus kekecewaan Barisan Nasional yang kehilangan Selangor pada tahun 2008, mesti dilakukan dengan strategi betul dan meyakinkan rakyat mulai sekarang termasuk memperkenalkan bakal calon Menteri Besar.

Bagi tujuan itu, kata Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Umno-Barisan Nasional harus memberi gambaran dan menonjolkan barisan kepimpinan baru di Selangor, yang mampu menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Ini kena jelas dan orang-orang yang hendak memimpin negeri Selangor mesti diidentifikasikan. Mesti diperkenalkan. Mesti ditetapkan sekarang juga kerana ini lah barisan yang boleh diketengahkan untuk menentukan Selangor itu terselamat daripada masalah-masalah yang sekarang ini memudaratkan rakyat negeri Selangor. Itu kena buat.

"Ini spesifik di negeri Selangor kerana Selangor ini merupakan negeri yang amat penting dari segi perjuangan politik kerana ia merupakan tonggak ketahanan politik bangsa," katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Menerusi cara itu, kata beliau, rakyat terlebih dahulu boleh membuat penilaian awal dan membuat perbandingan dengan kepimpinan negeri sedia ada pada hari ini.

Di samping itu katanya, pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional juga perlu bijak menggunakan kelemahan pentadbiran pembangkang sebagai kelebihan kepada parti untuk menyampaikan dasar-dasar dan perancangan BN di Selangor pada masa akan datang.     

“Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi-pengundi di negeri Selangor ini memang banyak. Pucuk pimpinan parti Pakatan rakyat sekarang ini yang bertugas dengan kerajaan, lebih banyak menimbulkan masalah daripada penyelesaian masalah.

“Soalnya sekarang, sejauh mana ini dieksploitasi oleh Barisan Nasional kepada rakyat. Nah tengok, kita sudah beri mereka peluang untuk memerintah sejak 2008,  ini sebenarnya yang berlaku A sampai Z, janji-janji yang tidak ditepati, masalah yang dulu
tidak ada sekarang timbul, air dan sebagainya," ulas beliau lagi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.

Ramai calon Umno tewas kepada Pas. Sementara calon Gerakan, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah teruk kepada DAP, PKR dan Pas.

Kekalahan di Selangor antaranya dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup yang melambung tinggi sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat yang kemudian menterjemahkannya menerusi peti undi dengan menyebabkan kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Meskipun begitu, sekitar empat tahun di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pelbagai pihak menyuarakan pendapat, PKR gagal menguruskan negeri ini secara berhemah dan membawa sebarang projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.