Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi
Wartawan Sinar Harian
3 Januari 2013
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
SHAH ALAM – “Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi,” kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).

Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.

“Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.

“Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, amanat tersebut pada dasarnya telah ditarik secara tidak langsung, tanpa menguar-uarkan kepada umum dan persepsi Pas dilihat semakin luas, selari dengan perubahan zaman.

Katanya, amanat tersebut menjadi kontroversi setelah dimanipulasi dan dipolitikkan oleh pihak tertentu, menyebabkan ia menjadi topik perbualan hangat.

“Saya bersetuju untuk turut serta berdiskusi dan memberi pandangan balas mengenai perkara ini,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, beliau akan menimbang sama ada terlibat dalam program melibatkan ahli politik.

“Tengok keadaan. Saya mungkin akan mempertimbangkannya jemputan tersebut.

“Jika ia berkaitan dengan politik, maaf saya tidak mahu campur. Tetapi, untuk memberi pandangan dalam bidang akademik saya mungkin menyertainya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.