Friday, January 18, 2013
Gendang Perang Pilihan Raya Umum ke-13
PETALING JAYA: Najib Razak
mungkin membubarkan Parlimen bagi membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-13
sebelum 21 Mac ini.
Timbul spekulasi bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan
persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk
pembubaran itu pada bila-bila masa antara 20 Februari hingga 20 Mac.
Pihak dalaman mengambil perhatian bahawa 21 Mac adalah merupakan
tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tamat selepas penggal lima tahun.
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor mengangkat sumpah
pada 21 Mac. Oleh itu, penggal itu tamat pada tarikh yang sama tahun ini.
"Kami menjangkakan Perdana Menteri akan menghadap Yang
di-Pertuan Agong dan meminta Parlimen untuk dibubarkan mungkin sebelum tarikh
21 Mac ini," kata sumber berkenaan.
0 orang berkata:
Post a Comment