Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kontroversi Uji Rashid: Rakan artis turut luah rasa kecewa
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
17 Januari 2013
Uji Rashid
Uji Rashid
Zaiton Sameon
Zaiton Sameon
Biarpun sudah dua minggu penganjuran Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27) berlalu, kontroversi di sebaliknya masih belum reda.
Zass semalam melaporkan kekecewaan penyanyi veteran, Uji Rashid yang sepatutnya menyanyikan lagu ciptaan Yuna, Terukir Di Bintang , tetapi 'disingkir' di saat akhir.
Uji berkecil hati kerana tempatnya digantikan dengan Aizat, walaupun dia sudah pun melakukan persiapan, termasuk menempah baju dan juru solek.
Isu tersebut turut mendapat perhatian Presiden Seniman, Zed Zaidi yang menggesa TV3 sebagai penganjur untuk memohon maaf kepada Uji.
Namun sehingga hari ini, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari pihak TV3.
Bagaimanapun, isu ini turut mendapat perhatian beberapa artis veteran tanah air.

Zaiton Sameon: Jangan diperlakukan sesuka hati

Sementara itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon turut meluahkan rasa terkilan dengan peristiwa menimpa Uji.

"Apabila rakan seangkatan menerima nasib begini, pastilah saya juga terasa.

"Janganlah hanya kerana kami artis lama, kami boleh diperlakukan sesuka hati," katanya.

Menurut Zaiton, meskipun tidak pernah berhadapan dengan kes seumpama itu, namun dia berharap agar artis lama mendapat layanan yang setimpalnya.

"Jika di Hollywood, artis veteran lebih dihargai berbanding artis baru.

"Namun, yang sebaliknya berlaku di industri kita. Bukan saja dari segi layanan, malah, kadang kala, bayaran untuk artis lama juga sangat sedikit," katanya.

Pandangan Zaiton Sameon, turut dipersetujui Ayati Tasrip yang mahu pihak yang bertanggungjawab lebih peka dengan perasaan artis veteran.
"Saya pun ada ikuti kisah kak Uji dan turut bersimpati dengannya.

"Bagi saya, sekiranya sudah berjanji, eloklah ditunaikan. Tak eloklah buat macam itu," katanya.

Malek Ridzuan: Harus lebih adil

Mengulas secara umum, penyanyi popular 80-an, Datuk Malek Ridzuan pula berpendapat, isu artis lama  diperkotak-katikkan tidak akan terjadi sekiranya pihak berkenaan bersikapadil terhadap mereka.

"Apa yang saya lihat, kebanyakan stesen televisyen lebih banyak memberi peluang kepada artis baru.

"Mungkin mereka merasakan artis lama sudah tidak popular. Kalau boleh, biarlah mereka bersikap adil," katanya yang juga Setiausaha Agung YA1M.

DJ Dave: Patut beri layanan baik

Bagi penyanyi Ingin Bersua, Datuk DJ Dave, artis lama sewajarnya diberikan layanan yang baik, bukannya diperlakukan dengan teruk.
"Kebanyakan artis lama mempunyai nama besar dan berjasa kepada industri.
"Seharusnya mereka mendapat layanan yang bagus. Bak kata pepatah, tiada lama tiada baru," katanya.
Bagaimanapun, dalam kes Uji, DJ Dave berkata, penganjur seharusnya tampil memberi penjelasan mengenai peristiwa sebenar.
"Sekiranya artis itu bermasalah, memang wajar jika penganjur menyingkirkannya.
"Namun, jika disingkirkan tanpa sebarang sebab, itu memang tidak adil.
"Adalah lebih baik mereka menjelaskan hal sebenarnya agar perkara ini tidak berlanjutan," kata DJ Dave yang juga merupakan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.