Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Mat Sabu: 'Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura'
15 Januari 2013
mat sabu Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
  
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
  
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
  
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
   
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
  
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...


Mat Sabu berlagak pandai macam dialah ulama yg nak bercakap mengenai isu Kalimah ALLAH, kemudian menukar pendiriannya. Pemimpin Islam apalah dia ne...kalau berdepan dengan DAP dialah yg menyokong pendirian sebelum ini. Orang begini sememangnya tidak boleh dijadikan pemimpin Islam kerana dia akan mengambilkira keuntungan peribadi dan bukannya Islam. Akhirnya tersedar dari `tidurnya'. Namun anologinya seseorang akan tetap tidak melupai perbuatan kita walaupun kita telah meminta maaf sebaik sahaja kita sepak dia dgn kuat!

Anonymous said...

Para peminpin umno bn haram jadah parti syaitan bersengkokol dgn yahudi laknat. Kuborkan hancurkan jahanamkan mereka bersama pengikut dan penyokongnya sekali.

Anonymous said...

Para peminpin umno bn haram jadah parti syaitan bersengkokol dgn yahudi laknat. Kuborkan hancurkan jahanamkan mereka bersama pengikut dan penyokongnya sekali.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.