Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakar perundangan: Bukan Islam tak terikat titah Sultan dalam isu ‘Allah’, tetapi…

 
Oleh Amin Iskandar, Debra Chong dan Leannza Chia
January 10, 2013
Perkataan 'Allah' dapt dilihat digunapakai dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Titah Sultan Selangor mahupun fatwa larangan ke atas bukan Muslim daripada menggunakan kalimah “Allah” boleh dikuatkuasakan, kata peguam, sambil menambah bahawa perundangan negeri 1988 itu mungkin mencetuskan satu lagi pertarungan di mahkamah bagi mereka yang mahu terus mempersoalkan isu tersebut.
 
Masyarakat Kristian dan Sikh seluruh negara membantah larangan oleh Sultan Selangor dan amaran oleh penguatkuasa agama negeri tersebut untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas bukan Muslim dengan menegaskan mereka mempunyai hak dalam perlembagaan untuk menyebut tuhan mereka sebagai “Allah” seperti yang ditulis dalam kita suci.

Malaysia, negara didominasi penganut Muslim memiliki mahkamah Syariah yang beroperasi bersama-sama mahkamah sivil telah mewujudkan percanggahan ekoran pertindihan kuasa, kata beberapa pakar perundangan kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kenyataan DYMM sendiri secara perundangannya tidak boleh dikuatkuasakan. Ia sepatutnya tidak memberikan sebarang kesan kepada bukan Muslim,” kata Syahredzan Johan yang merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Selasa lalu.

“Tetapi enakmen 1988 secara perundangan terikat memandangkan ia telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Enakmen 1988 inilah yang akan digunakan ke atas bukan Muslim,” kata peguam tersebut.

Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 tidak mewujudkan kesalahan Syariah tetapi sebaliknya kesalahan sivil, terang Syahredzan, sekaligus memberikan isyarat kes tersebut boleh dibicarakan di mahkamah sivil bukannya di mahkamah Syariah yang hanya mempunyai bidang kuasa ke atas orang Muslim.

Namun, peguam tersebut menekankan bahawa Seksyen 9 dibawah undang-undang negeri 1988 “tidak boleh menjadi larangan yang menyelimuti penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada bukan Muslim, kerana ianya akan menafikan hak perlembagaan ke atas bukan Muslim yang menjamin kebebasan beragama dibawah Artikel 11(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, dimana negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang dan mengawal”.

Beliau turut menyatakan penghakiman pada 2009 dimana mahkamah tinggi sivil membuat keputusan bahawa “jika sebarang tindakan diambil oleh Sultan dan YDPA yang akan memberi kesan kepada perhubungan antara agama bukan Islam, tindakan tersebut akan ditafsir sebagai melanggar perlembagaan”.

YDPA adalah gelaran Yang Di-Pertuan Agong yang diberikan kepadda raja di Malaysia. “Merujuk kepada penghakiman tersebut, maka sebarang cubaan untuk menggunakan enakmen 1988 untuk menghalang kebebasan beragama adalah melanggar perlembagaan.

“Sehingga ia dibatalkan oleh mahkamah rayuan, penghakiman itu adalah undang-undang sah,” kata Syahredzan.

Keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 merupakan kes yang menjadi rujukan semasa Gereja Katolik mencabar Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan menghalang mereka daripada menerbikan kalimah “Allah” untuk menggambarkan tuhan dalam konteks bukan Islam.

Keputusan rayuan Kementerian Dalam Negeri di Mahkamah Rayuan tergantung sejak tiga tahun lalu.
Pada masa sama, pihak Gereja Katolik ketika ini masih dihalang daripada menerbitkan kata tersebut di bahagian Bahasa Malaysia dalam akhbar mingguan tersebut.

Pakar perundangan lain turut sama menekankan pandangan sama yang dinyatakan oleh Syahredzan sambil menegaskan bahawa Selangor bukan satu-satunya negeri yang meluluskan undang-undang menghalang penyebaran agama bukan Islam.

Peguam syarie, Nizam Bashir menegaskan bahawa undang-undang negeri menyentuh tentang Islam hanya memberikan kesan kepada “seseorang yang menganut agama Islam”.

Belia berkata kontorversi tersebut berkaitan dengan kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan seperti yang termaktub dibawah Artikel 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang mana hanya parlimen mempunyai kuasa untuk melarang.

“Jika kamu lihat kepada kitab suci Sikh oleh Guru Grant Syhaib, ia memiliki kalimah ‘Allah’ dalam banyak bahagian. Adakah kita akan ubahsuai buku suci penganut masyarakat lain?” soal Nizam sebelum kemudiaan menjawab, “Ia adalah salah. Titah Sultan tidak boleh dipakai.”

Seorang lagi peguam Lawyers for Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor memberitahu The Malaysian Insider bahawa sebarang penalti yang dikenakan kepada bukan Muslim adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 9 dibawah enakmen Selangor menetapkan denda sebanyak RM1, 000 ke atas bukan Islam jika sabit kesalahan tetapi tiada hukuman penjara.

Tindakan hukuman ke atas pesalah bukan Islam yang enggan membayar denda juga senyap selepas itu.

Pensyarah undang-undang Azmi Sharom berkata berdasarkan pemahaman beliau ke atas undang-undang negeri Selangor iala bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah “Allah” hanya jika mereka berdakwah agama mereka kepada Muslim”, salah satu alasan yang diberi oleh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan semasa memperincikan penghakimannya pada 2009.

“Masalah dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini ialah bidang kuasa,” kata pensyarah Universiti Malaya tersebut.

Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa kes Gereja Katolik dengan Kementerian Dalam Negeri adalah kemelut persekutuan, manakala titah sultan dan enakmen Selangor adalah hal negeri.

“Terdapat konflik disini dan saya tidak boleh berikan jawapan yang pasti seperti yang sudah terdedah,” kata Azmi dalam satu maklum balas menerusi email kepada The Malaysian Insider.

Mohamed Hanipa Maidin, penasihat undang-undang kepada parti Islam PAS kelihatan berhati-hati dengan jawapannya dengan berkata, “Ia tidak boleh dipertikaikan terlalu lama selagi undang-undang melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah dikalangan mereka sebagai satu larangan yang hanya berselimut, undang-undang seperti itu tidak sah.

“Hanya jikan ia didakwah kepada Muslim, akta seperti itu bertentangan dengan Artikel 11(4),” kata beliau.

Afiq pula berkata hali tersebut kini terserah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk membuat pendirian mereka memandangkan ia adalah kesalahan membuat sedemikian di bawah undang-undang negeri.

“Tapi apakah yang akan PR lakukan? Itu persoalannya,” kata beliau. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.