Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakatan bimbang tindakan PAS mempertaruhkan undi bukan Islam

TERKINI @ 10:28:49 AM 23-01-2013
January 23, 2013
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), PAS berisiko kehilangan undi bukan Islam pada Pilihan Raya 2013 kerana sekatan parti Islam itu dalam isu kalimah “Allah” dan dasar pengasingan jantina di Kedah dan Kelantan.

Beberapa pemimpin PR dan penggubal undang-undang mengakui kontroversi tersebut menjejaskan imej pakatan pembangkang itu menjelang pilihan raya pada Jun ini tetapi berharap dialog dan kebijaksanaan akan menumpulkan pengaruh konservatif dalam dasar PAS.

Karpal Singh: “Allah” terdapat dalam Guru Granth Sahib. — Gambar-gambar fail
Hujung minggu lalu Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berjumpa dengan badan pembuat dasar parti tersebut, Majlis Syura, untuk mengubah keputusan perkataan Arab “Allah” tidak boleh diterjemahkan ke dalam atau diterjemahkan dari bahasa lain kerana ia khusus digunakan oleh umat Islam sebagai rujukan kepada Tuhan.
 
“Keputusan Majlis tersebut baru-baru ini perkataan ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bercanggah dengan pendirian yang diambil oleh kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat,” kata Karpal sambil menambah ia akan menjejaskan saudara Sikhnya kerana perkataan tersebut terdapat dalam kitab suci mereka, Guru Granth Sahib.

Sambil menegaskan pilihan raya semakin hampir, ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS perlu berhenti “mencipta masalah” dengan mengeluarkan garis panduan mengenai kod pakaian wanita seperti yang berlaku baru-baru ini untuk Sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut.

Garis panduan tersebut telah pun diubahsuai untuk acara-acara kebudayaan tetapi mencetuskan reaksi di kalangan penduduk bukan Melayu dan telah menjadi satu isu kempen Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Serdang DAP Teo Nie Ching telah mengecam PAS Kedah diatas garis panduan Tahun Baru Cina negeri tersebut dengan mengatakan dasar itu akan mensabotaj persiapan pilihan raya PR dan menyebabkan kehilangan sokongan kaum Cina.

Seorang pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan mengakui pendirian konservatif parti akan menjejaskan sokongan daripada pengundi bukan Islam.

“Terdapat kesan dan kita perlu kurangkan,” katanya, sambil menambah golongan konservatif adalah puncanya kerana mereka menguasai kepimpinan tertinggi parti.
 
Pemimpin DAP dan PKR lain berwaspada tentang isu Allah dan ketetapan PAS yang telah menjejaskan bukan Islam di Kedah dan Kelantan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP Liew Chin Tong berkata sudah menjadi pengetahuan umum partinya dan PAS berpecah mengenai isu-isu tersebut walaupun beliau tidak bercakap tentang kesan daripada dasar PAS.

“Kita mempunyai perbezaan tetapi akan menyelesaikannya melalui dialog,” kata Liew kepada The Malaysian Insider.

Yusmadi Yusof: Isu-isu seperti rasuah yang penting.
Ahli Parlimen Balik Pulau PKR Yusmadi Yusof mengatakan isu “Allah” hanya gangguan dan percaya isu-isu seperti rasuah di kalangan mereka yang berkuasa akan terus membawa sokongan kepada gabungan pembangkang.
 
“Bagi saya ia adalah gangguan dari kerja hebat PAS telah lakukan pada masa lalu. PAS memberi kerjasama baik dengan parti komponen (PR) lain,” katanya.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abdul Samad mengatakan disebalik kelemahan partinya, mereka tidak pernah menafikan hak bukan Islam untuk menyuarakan pendapat atau perselisihan mengenai pertikaian agama.

Khalid Abdul Samad: PAS menghormati hak-hak bukan Islam.
“Saya tidak mahu berdebat dengan lebih teliti mengenai isu ini tetapi, biar saya katakan ini; jika BN menang, tiada ruang untuk perubahan atau perbincangan secara terbuka,” tulis ahli parlimen Shah Alam itu dalam satu rencana dikirim kepada The Malaysian Insider.
 
“PAS dengan semua kelemahannya, sekurang-kurangnya bersedia untuk membincangkan isu-isu tersebut dengan bukan Islam dan menghormati hak-hak mereka.

“PAS akan sentiasa bersedia untuk menghadapi semua orang untuk menjelaskan pendiriannya. Tidak untuk mengatakan terdapat beberapa ulama Islam yang tidak bersetuju sepenuhnya dengan pendirian ini dan mereka juga boleh dibawa masuk untuk berdebat dan menjelaskan isu itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.