Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz
24 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak. Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.
Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat
yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya
telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk
melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni
dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,”ujarnya.
Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri
berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa
mengingati perkara yang sama.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis
Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di
sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno
Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja
ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang
pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.
Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu
banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan
apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada
PAS.
Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil
tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu
berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya
mengambil tindakan itu.
Harakah Daily
0 orang berkata:
Post a Comment