Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, January 8

Menteri BODOH, buat malu kat Mat Sabu ja... kahkahkah...

HKR : Perbincangan sudah berjalan, Rais ketinggalan zaman, kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Mohamad Sabu mengatakan perbincangan mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari diantara pihaknya dan polis telah berjalan serta mendakwa Datuk Seri Rais Yatim ketinggalan zaman.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) angkuh kerana tidak berbincang dengan polis dan pihak berkuasa stadium sebelum memilih Stadium Merdeka sebagai tapak perhimpunan.
“Saya berasa kasihan kepada menteri komunikasi yang tidak buat komunikasi,” kata timbalan presiden PAS yang juga pengerusi program Himpunan Kebangkitan Rakyat, kepada The Malaysian Insider.
“Tidak tau apa yang sedang berlaku. Barangkali dia tidak membaca berita selain daripada Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times.
“OCPD (Ketua Polis Daerah) Dang Wangi (Zainuddin Ahmad) menghubungi saya tentang ini… polis dan kami sekarang ini sedang menunggu kelulusan pihak stadium. Selepas itu kita akan terus berunding dengan pihak stadium untuk menjaga keamanan dan (Datuk Seri) Rais (Yatim) amat ketinggalan zaman.”
Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada Stadium Merdeka dan surat kepada OCPD Dang wangi sejak 26 Disember lepas.
“Dan kepada Ketua Polis Negara, pemimpin tertinggi akan berjumpa dan berunding hal keselamatan hari perhimpunan dan keselamatan pilihan raya dan pihak polis telah beri respon dua kali.
”Itu saya kata dia… Dia ketinggalan… Dia tak ikut perkembangan,” kata Mohamad merujuk kepada Rais.
Semalam Rais mengatakan PR tidak mengikut semangat akta baru serta tidak berunding dengan polis terlebih dahulu sebelum menentukan tempat perhimpunan.
“Mana-mana pihak, sama ada dari PAS atau parti pembangkang atau mana-mana badan bukan kerajaan, tidak boleh memaksa memilih tempat yang hendak mereka buat tunjuk perasaan,” kata beliau berkata dalam satu sidang akhbar semalam.
“Ini menunjukkan keangkuhan dan membelakangi undang-undang tanah air.”
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider bulan lalu, jurucakap Himpunan Kebangkitan Rakyat Hishamuddin Rais memberitahu perhimpunan tersebut akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah daripada menipu dalam pilihan raya akan datang.
“Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya,” katanya. “Dan benar jika ada yang mengatakan ianya bersifat politik.
“Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri.”
Hishamuddin yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan — dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.